Wahai Bintangku :)

Assalamualaikum...



Saje je boring. Dah lama tak buat puisi merepek. So, baca je lah :D

ada kala kunanti
gurauanmu yang membuatku
tersenyum dan tertawa
setiap masa bersamamu
wahai bintang penghibur hati

ada kala ku nanti
rajukmu yang membuatku
ingin memujukmu tertawa
agar aku turut tersenyum
wahai bintang pembuli jiwa

ada kala ku nanti
bait sayang dan pujukmu
saat rajukku menyapa hati
hingga terpujuk aku tersenyum
wahai bintang penawar duka

ada kala ku nanti
kiriman sapaanmu
walaupun hanya ucapan salam
dan kata kata ringan
wahai bintang pengubat rindu

ada kala ku nanti
cemburumu terhadapku
apabila ada yang menyapaku
agar aku tahu
tahap mana sayangmu
wahai bintang kuat cemburu c(:

setiap hari ku nanti kau pulang
menyempurnakan gelak tawaku
memujuk duka dan rajukku
menghilangkan cemburu hatiku
mendengar aku walau kau cemburu
menjaga hati kecilku
mengubat rindu jiwaku
wahai bintang pencuri hati :)


Jiwang apooo hahah! Idea ni keluar kat kepala, aku terus tulis. Bila dah habis, baca balik aku pun nak muntah. Kah kahh. Okay lah bye! :D assalamualaikum.

Wawariang In The house

Assalamualaikum...

Hi, I'm Najwa.
Was born on 11 April 1995 bersamaan 11 Zulkaedah 1415.
I stay in Johor.
Study also in Johor.
Memang tak berkembang kan aku ni? Hahahaha.
I'm also a student from Department of Mechanical Engineering at PIS.
I got Wawariang from a lecturer from PIS. Fav lecturer yeah -.- Penasihat Akademik.
Dia la yang invent nama Wawariang tu.
Bunyi dia macam comels kan? Haha.
Beliau panggil aku Wawariang sebab aku ni dalam kelas memang riang-ria-raya kalau kau nak tahu.
Plus, beliau ni Guru Penasihat Kelab Silat Olahraga PIS.
Citer dia memang aku hampir kat semua tempat kat PIS tu, kena lekat dengan beliau.
So, dah almost everyday aku hidup depan mata beliau, beliau kenal aku yang kat depan beliau tu lah kan?
Haa, agaknya aku ni tersangatlah pekat ke-Ribena-annya.
So, beliau pun bagi la aku nama Wawariang ni -.-
I don't know why but I just like that name XD
Now I'm a forth year student in UTHM majoring in Mechanical Engineering.
Doakan aku gais!
Graduate dengan cemerlang dan gemilang, cepat dapat kerja, cepat kaya, dapat bahagiakan mak ayah aku serta dapat kahwin dengan crush yang soleh dan hensem. Bye!
 
This blog is fully designed by Wawariang.