Wahai Bintangku :)

Assalamualaikum...



Saje je boring. Dah lama tak buat puisi merepek. So, baca je lah :D

ada kala kunanti
gurauanmu yang membuatku
tersenyum dan tertawa
setiap masa bersamamu
wahai bintang penghibur hati

ada kala ku nanti
rajukmu yang membuatku
ingin memujukmu tertawa
agar aku turut tersenyum
wahai bintang pembuli jiwa

ada kala ku nanti
bait sayang dan pujukmu
saat rajukku menyapa hati
hingga terpujuk aku tersenyum
wahai bintang penawar duka

ada kala ku nanti
kiriman sapaanmu
walaupun hanya ucapan salam
dan kata kata ringan
wahai bintang pengubat rindu

ada kala ku nanti
cemburumu terhadapku
apabila ada yang menyapaku
agar aku tahu
tahap mana sayangmu
wahai bintang kuat cemburu c(:

setiap hari ku nanti kau pulang
menyempurnakan gelak tawaku
memujuk duka dan rajukku
menghilangkan cemburu hatiku
mendengar aku walau kau cemburu
menjaga hati kecilku
mengubat rindu jiwaku
wahai bintang pencuri hati :)


Jiwang apooo hahah! Idea ni keluar kat kepala, aku terus tulis. Bila dah habis, baca balik aku pun nak muntah. Kah kahh. Okay lah bye! :D assalamualaikum.

No comments:

 
This blog is fully designed by Wawariang.