La Tahzan ya Ukhti

Assalamualaikum...


Genap sebulan hari ni kan? And semalam ada orang tu sedih. Kata dia tak nangis. Tipu la tu. Aku tahu Zikry tu baik. Jaga kau. Sempat fikirkan kau since dia tahu dia dah nak pergi. Siapa tak terkilan orang baik macam tu tinggalkan kita? Sabar ea? :') We need to live on. Aku tak tahu apa rasa. Sebab tak pernah lagi alami. Shoot. You already faced this situation before. Knew it. Abah kau. Sorry but I need to say this. Buat macam tu. Macam mana kau ubat rindu kat abah kau, buat macam tu kat Zikry. Okay?

Mati tu benda pasti. Setiap yang bernyawa pasti mati. Just we don't know how, where, when, cepat atau lambat je. And sooner or later kita akan jumpa yang dah pergi tu balik. Sebab tu kita mesti selalu doakan dia kat sana. Lepas dari azab kubur, lepas dari azab mahsyar, lepas dari azab neraka. And we have to live on. Kita bukan forever duduk atas dunia ni sampai bila-bila. Siapa tahu, maybe esok lusa turn kita pulak. Percaya dengan janji Tuhan. It’s not that far. Hanya dipisahkan oleh satu line je. *Hujung telunjuk kanan melukis garis imaginary di muka meja.* Life... *Menunjuk sebelah kiri garisan itu.* ...and death.. *Beralih ke kanan garisan.* Garisan tu je yang pisahkan kita. Dan doa tu penghubung paling kuat :)

Jangan sedih kay? Aku tak pandai nak seka air mata orang. Ni je aku dapat bagi :) Ni pun nasihat Hlovate, Abang Shah pada Ju'a - Schuberts' Serenade [Gurindam Jiwa] :) so, smile sayang. We have to live on. Aku percaya dia dan abah kau akan cakap macam tu if they had the chance. Live a happy life. For them :) kan? I know you knew it. Smile kakak sayang ^^, baru manis.

Okay, Life must go on whatever happen :) jangan down sangat macam ni. Aku tahu kakak aku kuat :) kay? Sayang kau. And jangan sedih lagi kalau aku tanya "apa tanda tanda nak mati?" Hey, random kay soalan tu. I just felt like I want to ask. Okay, not more :) Aku tahu kau takut sebab before Zikry pergi, dia pernah tanya soalan macam tu. But trust me. I just felt like I want to ask. Don't be afraid. But kalau betul pun, I know you can face it :) life must go on. And dah alang alang ni, aku nak say sorry kat kau. Kat semua orang yang baca ni. Kalau kenal aku and aku banyak salah dengan dia, hope sangat kau orang maafkan aku. Aku dah maafkan semua salah orang kat aku. Memang dah zero salah kau orang kat aku. Aku dah penat tanam hatred. Dan semua yang aku pernah tak suka, trust me aku dah buang rasa tu. Guess what? Aku dah boleh tengok muka budak tu! According to status yang aku buat tu :) the girl that I hate her sebab kes kantin :) aku dah boleh tengok muka dia! :D selalu kalau aku nampak, automatik takde mood. But sekarang dah okay :D means misi aku nak buang hatred dalam hati dah berjaya :) okay? Sorry once again :) Piqa! Aku tahu kau kuat :) I'm off. Assalamualaikum.

kiryuuasrar

Fenomena Ice Melanda

Assalamualaikum...


Waa lawa kaan? :D Sungguh juling mata aku tengok sebab rambang mata :D haha lawa kaaan? Tadi dah post pasal lagu Jepun My Sweetest Love yang aku buat lirik tuu -,- sekarang pasal Ice Watch. Wohhoo kelas aku hampir semua dah dengan Ice. Hebat kaan? *poyo* hebat sangat ke? Bukan ori pun HAHA oihh tak ori pun duit aku terbang RM25 ngekk! -,- Takpe! Demi Ice yang cantik dan smart HAHA. Adibah pakai warna Coffee, Miza The Head Prefect pakai warna turquoise, aku pakai hitam-putih *angkat kening tiga belas kali laju laju* warna aku la smart kaan? Bhaha perasan -,- Adibah tu warna dia sepatutnya hitam-hijau tapi dia pilih coffee sebab masa kitaorang nak beli tu hijau tu tak lawa :D so dia amek Coffee :D Miza amek turquoise sebab sama colour dengan baju prefect sekolah aku kan :D

Jaja pakai Pink ada yang Purple banyak lagi lah. Ingat aku ingat ke semua colour. Tapi aku tengok colour peach tu lawa pulak -,- haha takpe aku tetap setia dengan hitam-putih. Tapi aku punya major hitam la. Kalau major putih takut cepat kotor :D Mula mula nak amek purple tapi masa tu purple dah habis. Besides, dah ada budak sekolah aku yang pakai purple so aku amek hitam-putih je :D rambang mata aku masa tuu :D Ice memang terbaik ;)

Mari tengok beberapa collections lagi :D


Putih cantik kan? Tapi cepat kotor :D


Ni turquoise. Macam jam Miza :D



Macam jam Adibah, colour coffee, yang baris nombor dua paling kanan.


Aku punya takde -,- haha


Cantik kan Ice Watch ni :D so, belilah :) cakap pasal jam, umm aku nasihatkan pakailah jam tukar tukar tangan. Means? Means janganlah pakai tangan kanan memanjang atau pakai tangan kiri je memanjang. Sebabnya, pergerakan tangan kanan dikawal oleh otak kiri and vice versa. So, bagi mengelakkan kepala hotak kita ni lembab dan tidak terbuka, tukar tukarlah. Takde la kau guna otak kanan je memanjang kan? Atau otak kiri aje memanjang. Sebab otak kanan dengan kiri ni penggunaannya lain tau :D maka, kenalah balancekan :D okay? Sebaik baiknya lebihkan pakai di tangan kanan :D

Dulu aku pun pakai tangan kiri je. Tu yang asek lembab aje HAHA lepas tahu barulah aku tukar tukar :D Okaylah. I'm off :D assalamualaikum.

kiryuuasrar

Ouhh

Assalamualaikum...


Jyeahh tak tahu nak letak title apa :D minggu depan Mak Tam pergi Beijing dengan Pak Tam dan Apip. Maka Ain pun tinggallah seorang diri sebab cuti sem nak habis dah. Then? Mak Tam suruh Si Kembar Eka Eya tuu temankan Ain. Seminggu tidurrr rumah Mak Tam. Fine. I tak jealous okayy! I tak jealous! Hukk D': Byyyy, sampai hati baby tak ajak Bieee :'( hukk haha sakaii -,-' jom tengok kedengkian mereka bertiga. Huhh!

Aku buka twitter aku yang dah sejak bulan enam haritu terbengkalai -,-' Semalam Ain tweet "Next week boleh partaayyy" haha sebab mak dia pergi Beijing. Rumah kosong. Jyeahh aku tahulah dia bergurauu -,-' then, aku pun nyampuk lahh :D


Ee kau tengok jelah kedengkian para baby boo cayang, darling cayang dengan honey cayang aku bertiga niehh! :I




Saje je jealouskan I tauu! I merajukk dengan you bertiga! Babyy! Boo Boo tak cayang Bie :(  link Abit pun tak cayang anjee :( honey Eya punn! Tak cayang kitee D': kita merajuk ni. Merajuk nii :I hahaa okaylah. I'm off. Assalamualaikum.

kiryuuasrar

Ku Juga Mencintaimu

Assalamualaikum...


Okay, dulu aku suka sangat lagu ni. Tapi tak tahu tajuk -,-' kesian tak? HAHA. Tiba tiba ada orang bagi tajuk, aku dengar la lagu ni. Ouhh wow! Lagu favourite aku! HAHA Okay, mari nyanyi HAHAHA. Agak agak kenapa ek aku post lagu lama ni. Ngehehh! >_<' buang tebiat haha. Ada la orang tu nak nyanyi. Bhaha! :b lalala *muka toya*. Lagu lama pun best apaaa. Kan? Nak nak lagi ada yang nak nyanyikan kan. Bhaha! *Mood membuli*. Dengan malu malunya. Bhaha! Sungguh aku tak tipu memang lawak. Cute. HAHA!

Sukarnya tuk ku melupakan
Sinar matamu yang menawan
Terbayang bayang tiap masa
Senyumanmu menggoda

Kehangatan terasa di jiwa
Tika kau lafaz kata cinta
Nafas terhenti seketika
Seakan sukar ku percaya

Ku juga mencintai dirimu
Mengapa sukar ku luahkan
Bukan sengaja ku menahan
Bibir membeku lidah terkelu

Ku juga mencintai dirimu
Kau amat sempurna buatku
Bukan saja aku biarkan
Kan ku ucap jua padamu

Sukarnya untukku ucapkan
Ku takut akan kehilangan mu
Akan ku buat segalanya
Untukmu kekasihku

Cuma satu yang belum terluah
Kalimah cinta kau nantikan
Bila masa dan ketika
Tidak dapat ku menjawabnya

Semalaman ku menunggu panggilanmu
Pabila terdengar suaramu
Ku terlupa segalanya

HAHA :D kan cute lagu ni :D hehe SPM!!!! TAK HABIS LAGIII! Hahaha okay I'm off. Assalamualaikum.

kiryuuasrar

Jom main Rubic Cube :D

Assalamualaikum..


Apabila boredom is in the air... haha. Jom main magic cube :D


Paling cepat aku boleh buat dua minit lebih. Tu kalau menatang tu tak tersekat sekatlah. Kalau sekat sekat, alamat berkurunlah HAHA! Aku bukan laju sangat -,-' angah boleh buat seminit lebih -,-' huuhh jealous! Hee

Ohayo!

Assalamualaikum...


Ohayo, minna! Hee. Entry ni panjang la :D kay, semalam aku cerita kat Piqa -,-' sebelum tu aku dah beli topup dulu. Kan ada free 60minit dari pukul 12 sampai 6 pagi esoknya. So, aku kira bosan bosan tu aku call Piqa. Kredit 20 hengget dalam tu aku nak buat apa kan? Call je la Piqa. Lama lama dia tanya gak pasal Azeem. Ehehh, ku cerita jelah. Salah aku kut. Marah tak tentu pasal. Lalala. Mental kan? Kesian Azeem hearted by budak hot-tempered macam aku ni HAHA so, aku cerita la kat Piqa. Dari A sampai Z termasuk yang Ikram kena tu *lalala*. Elok aje aku habis cerita, Piqa kata "aku side Azeem". Errr ="=, terima kasih kakakku sayang ="=, kau sokonglah dia sana. Bukan dia boleh bagi upah pun -,-'

Lepas tu aku dah tak tahu nak buat apa. Aku tanya Piqa, patut ke aku call dia? Piqa kata mesti. *Lalala*. Ala tapi malu la pulak. Dushh! *hantuk kepala kat dinding*. Hehe. Idea aku, tapi malu sendiri. Agak la. Tak malu ke call anak teruna orang tengah malam? Piqa kata, kalau tak nak dia marah lagi, buat jelah. Err.. o-kay.

Kalau aku call, dia tak angkat?- aku

Tu la gunanya mesej.- Piqa

Ehehh ="=, jawapan budak ni kadang kadang memang membuatkan aku rasa nak benam dia dalam paya kan? Suka malukan aku HAHA.

Okay tu kalau dia tak angkat. Kalau dia angkat?- aku

Cakap la.- Piqa

HAHA senang je seh jawapan dia.

Nak cakap apa?- aku

Cakap la sorry. Cakap apa yang kau nak cakap and yang kau rasa patut.- Piqa

Huwaa sungguh aku kelam lagi tak faham. Apa yang aku patut cakap. Yang penting, aku takut nak cakap dengan dia. Haha

Takut -..-' - aku

Sejak bila harimau berevolusi dah jadi koala ni? Boleh punya la. Ganbatte!- Piqa

Eheh, wey kau pernah tak makan kasut tali terkeluar ikut tepi bibir? Harimau berevolusi kau panggil aku? Kurang asam gelugur kau Piqa! Haha siut je. Entah la. Yang penting aku takut nak cakap dengan dia.

Sekali lagi Piqa membebel.

Takut apa? Bukan dia makan orang. -Piqa

Grrr... yalah! Nak cakap apa?- aku

Cakap aku kirim salam. Lepas tu tanyakan sekali mana duit raya aku? Dah berkurun tak dapat dapat lagi. Lepas tu suruh dia belanja kakak ipar dia ni makan. KFC boleh McDonald boleh [okay yang ni aku tambah berdasarkan skrip yang dia selalu bagi kat aku HAHA] Belanjalah yang penting.- Piqa

O-kay, kau ingat dia tu apa? Bank bergerak? Haha

Okay. Nanti aku cakap yang kau suruh tu.- aku

Yang penting aku mesti cuba! (҂'̀⌣'́)9 *kompiden* ehehh tak sangka aku ni bendul kan? Aku buat apa yang Piqa cakap tu. Masa dia angkat tu ="= brrr *meremang bulu roma aku* hehek. Takut sehh dengar suara dia -_- nak tanggal bulu kaki aku *balik kepada muka confident*. Aku diam je dengar apa dia cakap. Tapi bukan banyak pun dia cakap. Sepatah sepatah je. Err.. tension aku. Mula mula cakap macam takde apa jadi je. Aku diam jela. Pastu dia kata sorry. Erk? Apasal aku terharu tiba tiba? Haha senget. Basah lagi selimut aku. Huk huk. Speechless la weh. Sungguh. Aku tak boleh bercakap. Hahaha suara pun hujung hujung. Gaya masa aku cakap dengan Fariz hari tu la. Haha. Tapi Fariz tu takde hati! *muka annoyed* Ada ke dia gelak macam seth tan masa dengar suara aku yang sedap ni? Kurang asam kecut expired! Hehe tapi dia ada gak pujuk balik masa tu. Dia tanya la "eh apsal kau nanges ni weh? Aku pulak yang risau". Haha, disebabkan keprihatinan yang sedikit tu la, aku maafkan dia HAHA aihh biasa la member kan. Aku pun risau masa dia excident hari tu woo! Tapi aku rasa aku risau sebab aku risau Mai sedih kut. Bayangkan jelah, Fariz excident, Mai pakai phone pun sekejap sekejap je. Macam mana aku tak risaukan Mai? Hahaa. Okay, balik pada pangkal story. Memang dalam 60 minit tu banyak diam je la. Masa aku tak tahu nak cakap apa, aku cakap la apa yang Piqa suruh cakap tu. Hehehe. Kan bendul? -_-' haha.

Tapi serius memang aku tak boleh cakap banyak *lalala* hehe. Kantoi cover suara HAHA tapi dia tahu jugak kenapa aku diam tak bercakap -..-' "jangan la nangis lagi" haha tak boleh lupa la ayat tu. Hehehe. Macam nak gelak pun ada. Tapi tak mampu. Senyum je aku masa tu. Hahaha macam lawak seh. Aku dah la exam paper membunuh Isnin depan. -,- Syariah tuu. Fariz tak kasi lagi hint dushh *kasi tendang sama dinding*. Boleh pulak buat hal masa macam ni. Nasib baik ada seminggu lagi. Tak rasa macam gila ke Isnin depan aku paper Syariah tapi aku selalu buka nota Chem? Haha study Chem sensorang membuatkan aku gila -_- tu yang cepat je menangis tuu *muka toya* HAHA [alasan tak munasabah]. Chait! Tak munasabah ke tak munasarawak ke biarlah! Kacau hidup kau ke? Yang kau sakit apahal? Hehehe kasar pulak ye aku ni? Hurmm.. Hee :D tapi sekejap la semalam aku senyap. Semalam Hana pun tak tidur lagi. So sementara tunggu dia fikir nak cakap apa, aku kacau la adik aku. Ada ke dia geletek aku? Haha ngeng. Kena gelak aje gaduh dengan adik -"-, haha then okay la balik ^^,

Okay, I'm off. Syariah aku tak buka satu pun. Erm, definisi dah boleh la banyak juga yang aku hafal. Bab hukum dengan usul fiqh tuu -"-, errr FARIZ IKHWAN!!! MACAM MANA KAU BOLEH KATA SYARIAH TU SENANGGG??!! Gila kan mamat ni? -"-, hurhh yelah senangg. Ameen! Hehe. Urm, kay off. Assalamualaikum.

kiryuuasrar

:'D

Assalamualaikum...


HAHA aku bersimpati pada Fariz Ikhwan dan Maizatul Farhana :D semalam aku text Mai tinggal pesan kata Fariz on phone sepanjang hari untuk sepanjang minggu ni. Mai buka phone. Dia text Fariz tapi masa tu Fariz solat -_- tak dapat la aku tolong Fariz oi! Kesian dia terkilan sebab tak dapat text Ana dia HAHA. Asal Mai buka phone je Fariz gi buat benda lain. Lepas tu time Fariz dah pegang phone, Mai pulak dah off phone. Dugaan betul la diaorang ni. HAHA gila lawak!

Lepas tu semalam Fariz call aku kata dia terkilan gila tak dapat gayut dengan Ana. Kesian gila weh. Lepas tu malam kata nak touching touching tengah malam basahkan selimut dengan air mata, HAHA cilake, sempat perli aku tu. Sebab semalam dia tanya aku berapa kotak dah tisu habis? Aku kata aku tak guna tisu. HAHA tak main la tisu kan. Bazir. Guna selimut terus. Lencun. Haha gila hiperbola semalam kepala aku tak boleh fikir ikut logik. Semua orang aku nak sembur. Nasiblah. Daripada dengan yang sopan ke yang tak sopan, semua aku redah. Memang gila takde mood nak bersopan semalam :D dah nak touching emo segala guna la tisu sana. Nak jugak ikut aku guna selimut. Kah kahh senget Fariz!

HAHA petang penat menangis malam penat gelak. Memang sawan aku semalam dia dengan Fariz punya pasal. Ala Fariz tu member prihatin. Tu yang dia buat aku gelak macam tak cukup suara. Lupa dah aku ada mess. Hee :D thanks la brother. Tolong kakak ;D appreciate that :D nanti aku upah sampai pesan kat Ana kesayangan kau tu yea? :D

Tapi serius semalam dia gelakkan aku gila gila lepas dengar suara aku. Dia kata, kau nangis?! Tengok macam ganas, sekali...? Bengong punya Fariz! Apsal? Aku manusia apaa. Tak boleh nak nangis? Sepak kau laju laju! Gelak cam seth tan. Haha gila keji weh! Serius macam seth tan dia gelakkan aku! Mangkuk! Haha okaylah. Nanti Mai on phone ke apa aku suruh dia text kau hea. But kau kena stick to your phone la ngeng. Kalau tak mana dapat. Haishh. Thanks anyway semalam buat aku gelak gila gila :D Okay, off. Assalamualaikum.

kiryuuasrar

Semak

Assalamualaikum...

Okay, pic ni takde kena mengena :)

Setelah tiga hari tak 'menskodeng' blog sendiri dan juga blog orang lain, maka aku pun bukalah :) haha tengah musim exam pula tu -,- kisah pulak aku? Nak lepaskan geram ni! Hurhhh! Aku suka gila kat sejarah!!! Huh! Pakat je subjek tu aku sayang cikgunya. Maka aku buat bersungguh sungguh. Grrr... okay tadi paper Sejarah SUNGGUH SENANG! -"-, okay, cukup panjang kan intro tu? Dah tak payah nak panjang lagi. Aku dah malas nak menaip. Dan harini aku nak tidur je. Boleh? Malas la nak study -,-'

Back to topic, apa yang semak? Entah. Sebenarnya aku tak tahu nak letak tajuk apa HAHAHA so aku letak la tajuk semak sebab kepala aku tengah semak dengan benda Sejarah tadi. Huh! Wak engkauu lah. Senang gila seyh soalannya. Bahagia aku menjawab *juling mata*.

Harini Nisa balik rumah dia sekajap. Ada hal. Hehehe tiba tiba teringat pasal propaganda aku buat tu. Sekarang baru Wan tu sopan sikit. Kalau tidak, susahnya nak dengar cakap aku. Derhaka dengan kakak ye! Haha. Erk? Propaganda apa? Next time aku cerita. Esok ke, lepas paper Math esok aku terus free seminggu sampailah Isnin depan :D so, esok jelah ya aku story propa apa aku buat. Secara tak sengaja HAHA :D err, tak janji sebab sometimes tak sempat ^^, okaylah gua nak tidurrr. Malas nak study HAHAHA mana boleh -"-, kejap lagi nak mengajar sambil belajar tajuk speed dengan orang. Orang mana? Haha macam tak biasa pulak siapa yang TERROR NO ERROR bab speed tu. Ngahahh! *Dengki*.

By hook or by crook gua nak lepak aje harini. Study tu nanti kejap lagi. Kah kahh [ingat ibu nak bagi? Ni pun aku curi guna lappy mummy sayang aku tu solat. Hahaa] so, selamat maju jaya bagi SPM candidates. Here ada tips masa exam. Check this out :D okay I'm off. Assalamualaikum.

kiryuuasrar

Tips Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum...


Heyy ya! Erk? Excited. Haha nak share something ni. Credit to Kak Doctor Fatin Liyana :D don't get wrong. Just share benda ni dengan kauorang. Manalah tahu ada yang tak kenal Kak Fatin ni. Aku tolong sharekan tips dia :) tips ni memang berguna untuk aku yang tengah SPM ni :) so, thanks Kak Fatin :)

p/s: aku copy je dari entry beliau. So, ayat best tu ayat beliaulah. Bukan ayat aku :)

1. Siapkan segala peralatan peperiksaan
Make sure slip exam, IC, stationary semua dah complete one day before the exam. Letak kat tempat yang senang nampak (eg : atas meja). Baju dah gosok, stokin semua ada.

2. Tidur awal ( 6 - 8 hours )
Oklah ini tips yang paling bosan. But don't forget, not only your body needs some rest, your brain too. Have a good sleep. Dah terlewat dah untuk study last-last minute macam ni. Just bring whatever knowledge you have into the exam hall. Tutup lampu dan tidur. Kalau tak boleh tidur sebab excessively worry, just berzikir, berdoa supaya Allah permudahkan segala perjalanan esok, dan mintak Allah berkatkan ilmu yang adik-adik dah belajar.

3. Bangun awal
Bila bangun kita akan lebih bersedia mentally and physically. Lebihkan masa diatas sejadah supaya tenang. Kena percaya dan percaya bahawa Allah akan bantu kita menghadapi exam ini. We are not alone. Allah is with us.

4. Breakfast, breakfast and breakfast
Walaupun akak type 3 kali tapi bukanlah bermakna kau kena makan nasi lemak 3 pinggan. Adik-adik, silalah breakfast ok. Remember your brain feeds on glucose. Masa tidur, badan kita ibarat berpuasa. 6-8 jam perut kosong. Exam memerlukan konsentrasi yang tinggi, dimana otak akan penat. Jika adik tidak breakfast, otak akan depletes source of energy, maka adik tidak dapat berfikir dengan cergas. Akak cadangkan adik mengambil breakfast ringan seperti sandwich, kismis, kurma. Kalau makan berat-berat takut ko sakit perot, dah la kecut perot kan.

5. Jangan datang terlalu awal
Lagi awal ko datang examination hall, lagi kecut perot ko dik. Tapi janganlah datang lewat pulak..kang tak pasal-pasal kena halau dengan pengawas peperiksaan. Just datang sedap-sedap rasa. Sementara menunggu nak masuk hall tu, just go through short notes yang adik-adik dah buat. JANGAN BELAJAR BENDA BARU PADA MASA INI. Walaupun kawan-kawan duk pung pang pung pang, just ignore it. Nanti ko cemas, especially bila ko tak tau pasal benda yang dorang cakap.. kang daripada relax-relax terus jadi gelabah. Habis lupa semua benda.

6. Langkah kaki kanan
Kalau terlangkah kaki kiri, gostan.

7. Berdoa
Bacalah doa dan bertawakal. Tak kiralah ilmu kita ada 80% or 50% pada waktu itu, dengan izin Allah semua orang boleh berjaya. Baca dan beriman dengan kalimah ini. Hasbunallah wa ni'mal wakeel : Allah cukup bagiku dan Dialah sebaik-baik penjaga. Rasulullah juga menyebut kalimah ini ketika perang badar. Perang ok.

8. Dah selesai menjawab kertas peperiksaan, jangan check jawapan
Jangan check jawapan dengan kawan diluar exam hall, mahupun check senyap-senyap ketika dirumah. Tawakal dengan jawapan yang kita kasi dan fokus untuk exam seterusnya. Ini adalah amalan yang tidak sihat kerana bila kita tau kita tersilap jawab, emosi akan terganggu. Emosi adalah paling penting ketika exam.

9. Jaga hubungan dengan ibu bapa
Doa ibu bapa adalah senjata kejayaan anak-anak. Jangan merungut jika emak menyuruh angkat kain sedangkan kita nak study... Allah kan menuntut kita berbuat baik dengan ibu bapa. Manalah tau, walaupun kita tak sempat nak study semua, tapi sebab kita anak yang baik, tup tup keluar question yang kita dah study. Remember there's always a shade of grey between black and white =)


Nanti in between the exam ada gap kan? Masa tu boleh la belajar benda baru (in case kalau tak habis cover chapter) But it will be better if you can learn it from your friend who knows well about it. Bukan sahaja menjimatkan masa malah anda tidak akan rasa cemas sangat. Sepanjang exam, berkepit dengan short notes adik-adik ok. Just go through banyak kali supaya ingat. Exam kat asian countries ni more to memorizing facts..so yeah =P

Selain itu, sepanjang atau selepas exam selalulah membaca yasin serta membuat solat sunat agar dimurahkan rezeki. Mungkinlah orang kata, eleh masa exam baru nak ingat tuhan. Sebelum ni berkiblatkan syaiton. Pehh ayat aku. Well, pedulikan orang nak kata apa.. daripada tak ingat tuhan langsung..oklah tu. Lagipun kat siapa nak mintak tolong kalau bukan kat Allah..tak gitu? People always make mistake, its never to late to change. And one thing..jangan pedulikan orang cakap apa, dont live up to people expectation. Its your life, you determine what should you do and what you shouldn't.

Okay, start sini barulah ayat tak best aku :D sangat berguna tips beliau ni. Aku suka semua tips Kak Fatin ni :D rajin rajinlah tengok blog doctor muda ni :) I'm off. Assalamualaikum.

kiryuuasrar

My life

Assalamualaikum...


Ouhh yeahh. Jumaat hari tu almost all 5KAA members not in well. Haha fear huh? Sikit la. Sikit? Dalam hati jantung nak melompat keluar. Aku tak suka baca buku laa. Siapa boleh tolong? -"-, cepat je mengantuk. Okay, thanks to Inche Fariz for the Sejarah hint. I'll claim you the rest. SI jangan lupa kay! Kalau kau lupa memang aku sepak kau laju laju tanpa had. Peduli apa aku Mai nak cekik aku ke apa. Haha. Bagi okay, share share la. Sharing kan caring :) *angkat kening double-jerk*. Lepas tu kau kalau cakap dengan aku takpayah nak bersinonim nak bermuradif bagai. Rasa macam nak tumbuk tumbuk kau buat sambal belacan. Kalau kau buat jugak, soalan ini kau dapat :: Kau nak mati kena bunuh ke? *tanya gaya pelayan amek order kat restoran*. Cara tak gua? Hahaa. Aku lagi brutal dari bini kau tauu! :D

Jumaat tu jugak ada Majlis Restu Ilmu :) jumpa mintak restu ilmu yang cikgu bagi, say thanks segala. Dah selesai, susun meja. Dah susun meja, tampal slip. Dah tampal slip, dapat slip lagi satu :) Yeah, 5KAA paling rajin nak mintak maaf dengan other classes members kan? Haha. Bagus la 5 KAA ni. Boleh dijadikan contoh *hak tuihh*. Haha.

Jumaat tu jugak dapat 'surat layang' from jiran seberang. Erk? Seberang ke? She's sitting behind me in the classroom. So dia jiran belakang la. Apahal jiran seberang? Haha. So, thanks Aqila for the surat. Dengan RM5 tu. Thanks sekali lagi. Untuk 26 orang students in our class berapa banyak kau labur? RM130. Insya-Allah ada rezekinya. Ameen :D aku nak menjawab pesan kau. Actually I forgot what was your say masa tu :D but aku paling ingat yang ini :: To Najwa wawawa... *rahang bawah jatuh nak cecah lantai* [sampai 3 suku kata tuuu haha] jangan gangsterisme. -"-, kalau aku tak gangster time sekolah, bila masa lagi aku boleh gangster? Lepas ni sure aku kena pakai kain je. Ibu kata kalau tak nanti takde orang masuk meminang. Bhahaha! Okay, aku tipu. Ala Qila.. nanti aku cuba jadi perempuan sikit ea? *muka ice-cold-heartless*. Lain, good luck and do the best kan? Jyeahh! Back to you :D Iloveyou haha.

Then, kepada yang itu tuuu.. sorry la aku tak concern hal kawan kawan aku. Sorry kay? Aku just feel like nak protect member kan. Dah kau marah tak tentu pasal. Siapa suruh? Ye tak? Nasib kau la makan peluru aku sedas. Lepas tu baru reti nak buka mulut kan? Ahh sudahh. Aku tak faham kau ni. Kau nak SPM dia nak SPM kau buat hal. But I trust both of you can do well nanti. Aku doakan semua orang :D

Good luck again, candidates :D

I am off. Assalamualaikum.

kiryuuasrar

Around the corner -,-

Assalamualaikum...


Semua orang tahu kan what is the thing that just around the corner tu? Kalau aku cakap sure semua candidates pengsan. Tak pun... bhuuurrr *vomit*. Aku dah muntah dulu *senyum manis*. Lagi satu.. dua.. tiga.. tiga hari :) siapa rasa nak pengsan? HAHA. Cikgu aku kata awak kena study sejam je untuk setiap subject. Kalau lebih, awak muntah. Memang aku dah test dua hari lepas. Usually Add Math la kan. Tak puas hati tak dapat jawab. Lebih sejam aku test. Betul malam tu aku muntah muntah. Esoknya aku demam dan tak datang sekolah *muka tak berdosa*. Eh, tak ada kena mengena pun ea haha Aku memang dah demam sejak pagi tu. Satu kelas aku demam. Hari Rabu ingat aku seorang je absent. Rupanya sampai 6 orang. Semua demam kah kahh kesiaann 5 KAA *toya*.

Dua hari aku tak dekat dengan lappy. Memang tenang. Tapi harini aku macam nak buat entry. Haha. So aku buatlahh. Daaan.... boleh tak aku nak koyak Past-year Q Add Math tuu? -"-, dari tadi tak mendapat penyelesaian. Lebih sejam juga aku test tadi. Maka bagi menenangkan diri, aku pun online. Asalnya tak nak. Cuma nak buat entry je. Kononnya *hakk ptuihh*. Tiba tiba teringat last aku online tu ada something something. Hee something something apa ituuuu? Ngehh adalahh! :3 sibuk je nak tahu! :D

But aku ada hangin kat seorang budak ni. Eyy, geramnyaa. Manusia jenis macam ni pun ada ea? Orang simpan perasaan sensorang boleh gila kau tahu tak? Yang kau nak marah marah apa hal? Yet, kau yang cari masalah. Bukan dia. Kau nak marah marah dia apahal? Kalau tak nak, takyah la cari pasal. Ouhh kau seorang jelah manusia? Kau seorang jelah yang ada perasaan? Kau seorang jelah tahu sakit hati? Kau seorang jelah tahu tension SPM? Lepak la, bro. Kau kalau tension pun istighfar sudah la. Tenang insya-Allah. Tak percaya kau buat laah. Manusia ni, Allah bagi sikit debaran takut dalam dada tu kira alhamdulillah sebagai peringatan. Yang tak berdebar tu masalah mental. Yang debar lebih tu setan punya kerja. Kau tahu? Yang kau tension lepas tu kau nak buat orang tension sama pahal? Kau ingat kawan aku tu tak tension SPM la? Nak kena layan kau punya tension tu nak kena pujuk tension kau tu kau ingat dia tak ada kerja lain nak buat? Subject kitaorang 11 kut. Kalau senang tak apa. Ini? Kau ingat kawan aku robot? Baca sekali terus ingat? Dengan nak ingat segala benda tu dengan kau cari pasal kau ingat dia apa? Kalau kau rasa suka sangat susahkan hidup orang apsal kau tak susahkan hidup kau je sebab kau pun orang kan? Jadi orang la wei. Sekarang aku tak kira. By hook or by crook benda ni mesti settle sebelum SPM mula. Kau takyah cari pasal dia pun tak tension. Okay? Aku tahu kawan aku kata mess kau buat ni tak effect apa pun kat SPM dia. Itu dia cakap. Yang aku nampak dia jalan macam mayat hidup heartless je kau ingat aku tak tahu dia kenapa la? Jadi orang la bro. Kawan aku manusia jugak. Bukan kau seorang je manusia. Okay? Sorry la kasar bahasa. SPM dah dekat kan? Sorry banyak banyak dari hujung rambut sampai hujung kaki. Kau takyah nak marah marah kawan aku lagi. Dia ada perasaan juga kay. Sorry once again if I'm being rude tak kena tempat sebab aku tak tahan tengok dia macam tu. Kesian sikit kat dia. Dia tension SPM. Lepas tu tolong tanggung tension kau lagi kau ingat kenapa dia susah payah nak tanggung tanggung sama? Dia tak nak kau tension laa, pandai! Cuba jadi orang tu reti faham perasaan orang sikit. Terkasar bahasa lagi. Tengok. Sorry la bro. Gua geram la :) gua mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Sekian :) Jaga diri. Macam gua cakap tadi. Lu kena ingat benda ni. Berdebar sikit tu, Allah bagi ingat. Tak berdebar langsung tu masalah mental. Berdebar lebih tu setan. Pandai pandai la nak lawan. Takkan guna Gayong pulak kan? Ke silat lain? Pandai pandai ea :) Take care :D

Good luck for all SPM candidates in Malaysia :D
I'm off. Assalamualaikum.

kiryuuasrar
 
This blog is fully designed by Cik Wawariang.