Familyhood :D

Assalamualaikum.

Eheyy! Sekarang nak share pasal familyhood kitaorang. Hee~ family aku belah ayah. Semua dah besar besar sekarang. Muka pun jauh berubah.

Dari yang dulu sememeh comot melokot sana sini baju compang camping tudung senget benget lagi terbalik tu sekarang semua dah comel lawa lawa bergaya lagi cantik. Dari yang dulu sememeh songkok senget sebelah serban nak tertanggal gigi depan takde pun sekarang dah kachak handsome handsome membunuh youu. Kah kahh. That's my cousins. Lawa, comel, kacak lagi handsome membunuh. Kah kahh.

Tak percaya? Meh tengok meh. Kami yang dulu, 2003 dan kami yang sekarang, 2012. Tapi tak semua cousins aku la. Sebab pic tu tak penuh. Masa tu raya. Ada yang balik kampung sebelah sana la sinun la kan. So, tak semua :D


hee. Nampak sangat gambar edit kan yang bawah tu. Pak cik aku yang buat. Beliau memang creative. Kah kahh. Tapi memang berbeza kann? Dari yang sememeh, jadi comel. Dari yang serabai, jadi cantik. Dari yang takde gigi jadi handsome. Kah kahh. Kan Rep kann? Kah kah.

Semalam rumah aku ada marhaban. Lepas tu, mak aku buat sekali la open house. Jemput sedara datang, member member parents aku pun ada. Tengah tengah mak aku layan kawan kawan, kitaorang dok posing ingat nostalgia lama. Kah kahh. Tempat je la sama. Tapi orangnya tak sama sebab tak semua datang rumah aku semalam -,- haha. Tempatnya sama ea. Berbeza warna cat je sebab, yela. 2003 ke 2012 kan. Takkan kuning selamanya. Kah kahh. Okay jom tengok.


Haa, yang lawa tu aku la. Eh silap. Kah kahh. Yang lawa tu sepupu aku la, Ain aka Khaireen Edlin. Haa, nama cantik secantik orangnya kan? Tapi kesian dia semalam demam. Duduk Matriks homesick sampai demam yea sayang? Kah kahh. Dan.. sobs sobs, semestinya yang tak lawa tu aku. Kah.

Okay, yang adik aku Si Tambi Serong tu aku tak tau la apa function dia posing macam tu -,- kah kahh. Wan.. Wan. Sawan la kau. Yang kat bawah tu, Dinamic Duo tu adik aku yang ketiga dan yang last. Aie dan Nana. Yang berbaju kuning tersenyum tampan memandang kamera tu semestinya Apip. Kah kahh. Afieff Rous aka abang kepada Ain.

Yang di antara aku dengan Apip tu... err.. itulah makhluk yang dipanggil Izzat Ameer aka Ijat Senget. Kah kahh. Dari semalam dia dok kenakan aku. Dengki memanjang. Kurang hasam kecutt expired punya Ijat! Aku nak sekeh je dia tapi tak sampai pulak -,- kah kahh mimpi siang aje la -,- takpe la Jat. Tak dapat sekeh kau pun takpe. Kaki kau tu senang kacang aje aku nak sepak sepak lambung lambung buat sepak takraw. Hee~ Dia ni tak habes habes dengki aku tau. Lepas tu tak habes habes suruh aku bawak kekasih aku datang rumah jumpa dia and family. Bajet abang abang la konon. Aku cakap "kau pergi lah ambek dia kat Bakri tu sendiri sana." Dia kata "kau ikot la. Nanti dia tanak ikot aku kalau kau takde." Hotak kau la Jat! Haha senget betol. Baik la kau bawak bakal kakak ipar aku jumpa kitaorang ni Jat. Aku belum sampai masa lagi. Kau tuu haa. Duit berlambak dalam account nak tunggu nanti awek kau tua baru nak pinang baik kau kasi aku duit tu. Kah kahh.

Budak ni memang laa. Cousin lelaki aku paling rapat dia ni la. Cousin lelaki lain, biasa je. Walaupun tahun 2012 ni aku 17 dan dia 19, rapat jugak. Apip tu dulu je la. Mandi kolam sama sama. Kah kahh. Ingat lagi. Aku, Ain, Apip dengan Ijat. Aku darjah 2 kot masa tu. Ain Darjah 3. Ijat darjah 4, Apip darjah 5. Haha. Aku dengan Ijat ikot family Ain dengan Apip balek kampung. Kat kampung diorang tu ada kolam buatan sendiri. Ayah diorang la yang buat. Sedara diorang tak ramai. So, kitorang selalu la ikot balek kampung diorang. Asek main air aje kat sana. Makan tidur main air. Makan tidur main air. Sakai ek? Kah kahh.

Memang kitorang berempat macam tu kecik kecik. huu rindunyaa saat saat tu hee :D okay lah. Tu je kot :D pentel sharplet.5 off :D assalamualaikum.

kiryuuasrar
 
This blog is fully designed by Cik Wawariang.