Rubbish mumbling

Assalamualaikum...


Minna! *senyum bersinar* haha dah macam artis pulak. Erkk? Bhuurrr *vomit* kah kahh. Ni entry KETIGA hari ni :) Entry ni paling panjang kut. Haha. Okay, this entry is just a rubbish mumbling whereas boredom is in the air *juling mata ke atas*. Trial just passed just now and I'm getting even more scared to think how the results soon. Ouhh dah la trial tu penting. Tahapehape je yang aku buat. Apahal hah? Apa yang tak cukup lagi ni, Najwa? Parents kau bagi segalanya tak cukup apa lagi? Tak reti reti nak balas jasa?

Erhh -"-, aku target matriks je aku peduli hape. Orang nak kata matriks tu tempat buangan pelajar pelajar lepasan SPM pun aku peduli hape? Kalau amek medic PALING PALING pun 4 flat apa tak kita kena belajar macam nak mati jugak ke? Dah la aku ni spesies orang yang tak reti nak bukak buku bila dah kat rumah -,- tapi bidang tu jugak yang aku nampak aku minat -"-, [macam ni punya jenis orang pun ada ke?] Peduli hape aku dah beli borang mohon dan dah isi borang mohon pun dan... tunggu final resultlah. Thought I won't choose that course -,- bikin mati brain cell gua aje [hee cerita tipu ni. Mana ada orang mati sel otak sebab belajar.] Tapi gua minat course tu. Cane? Erk, Bio sahaja ye! Chem tak berapa! -,-' and Bio and Chem mana boleh dipisahkan? Jadi doc kalau tak expert Kimia nak bagi patient makan ubat apa? Mati kang anak orang. Hooo.

Okies sambung balik. Rela aku jadi pelajar SPM terbuang kat Matriks kut than masuk form 6. Sekolah aku tak ada form 6. Then? Masuk sebelah? *jatuh rahang cecah lantai* Ngee tak mau hakuh! Then? High School BP? *sekali lagi nganga cecah lantai* Ngee lagi tak boleh masuk kepala ikut logik. Aku yang dari darjah 1 sampai tingkatan 5 ni sekolah semua perempuan tiba tiba nak masuk sekolah SEMUA LELAKI? *muka tak percaya* Yihh! Tak sanggup den! Lagipun science course form 6 cikgu aku kata membunuh. Nak amek sastera? Aku bidang tu pun tak pernah terjerumus kut. [Hee novel tu kes lain!] Dengan buku Sejarah tebal Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka baik la aku tak menjerumuskan diri dalam form form lagi -,-' tak rela sudah.

So, nak tak nak apabila fikir fikirkan yang trial ni aku buat dengan main main dan tak bersungguh sungguh *muka merah malu* maka aku kenalah berusaha overdose terlebih masa SPM nanti *aura kecut*. Math mode dah dapat tadi -,- aku target 70 je sebab aku banyak hentam. Alaa A- cukuplah. Hee~ dapat laa 82, A :D kalau tahu aku target A+, 88 gerenti dapat 100. Kah kahh! *kesengalan telah datang* okay abaikan apa aku mereek tuu -,-'

Tu Math Mode aje. Add Math aku tak tahulah apa story. Hadeh! Fizik? Kimia? Bio? Huwaaa! *jerit sampai keluar air mata* memang daebak lah siapa straight-A ="=, aku punya paper Science cuma paper 3 je kut yang membantu. Yang lagi 2 paper tu 50-50 errhh -"- untunglah siapa tak amek science stream -,-

Wei kauorang jangan ingat budak budak yang amek science stream ni pandai sangat ea. Bergantung pada minat jugak. Dah kalau minat kau pada sastera, kau masuk kelas amek Bio yang ayat dia berbelit habis tu, hancussslah masa depan kau. Ingat sikit. Jangan ingat budak science stream macam aku ni pandai sangat. Aku bukannya pandai sangat [eh nauzbillah!] dah la malas belajar kan. Aku memang paling menyampah la yang namanya bukak buku kat rumah. Tunggu nak exam je la aku bukak. Tu pun kalau rajin. Erk tapi kalau SPM aku buat macam ni memang cerahlah masa depan -,- kah kahh [Ya Allah, mintak dijauhkan benda tu!] So, apa apa pun kena tengok minat kau dulu. Kalau kau tak minat Math pun tak payahlah nak berangan nak amek science stream weh. Apoptosis [mati] tengah jalan je la jalan kau tu nanti. Fikir fikirkan ye. Math dengan Science adalah dua benda yang tak boleh nak dipisahkan. Dua dua boleh guna logik sebenarnya kalau nampak dari sudut mana logiknya :)

Erk, tu je kot. Okaylah. Pentel sharplet.5 off. Assalamualaikum.

kiryuuasrar

Entry kedua untuk hari ini :)

Assalamualaikum...


Jyeah! Mentang mentang exam dah habis asek nak buat entry aje kan? Lalala~ aku gila boring dan sedang mengelakkan kepala dari memikirkan pasal result trial aku yang bakal macam !@#$%^&. So, aku nak update blog je. Hee. Ni dah entry KEDUA tau! Kah kahh. Rajin tak aku? Rajin kan? Entry tadi biasalah pasal subject yang aku exam tu :D

Sekarang nak mumbling again. Lalala~ semalam kan tak sempat nak update panjang panjang. Aku just suruh dengar lagu blog aku ni je. Ni aku nak cerita yang semalam aku terkena dengan adik aku Si Aie tu. Kurang asam gelugur punya budak!

Ada ke patut dia kenakan aku? Balik sekolah penat penat tu, aku nampak dia tengah makan muruku dengan kawan dia, Ayul. Penat ni! Baru lepas curahkan segala idea kat essay Bio tu semalam *muka kerek*. Tiba tiba aku nampak ada air colour cantik kat sebelah dia. Kemain! Ni mesti buat Ribena ni. Sedapnya~ aku pun dengan muka simpati mintaklah dia air lawa tu sikit. Dia pun bagi. Aku tengok dia tahan tahan gelak dengan Ayul. Tapi tak tahu la apa sebab.

Maka aku yang naif lagi baik hati ni pun mula meneguk air lawa tu. Bhuurr *tersembur* kepala hangguk kau! Masin siuttt! Binawe punya adik! *sepak sepak dia dengan muka garang mata bersinar* Kau letak garam dalam Ribena?? Cuma sebab kau dah terkena dengan kawan kau, kau kenakan aku pulak? Aku sepak sepak kau kangg! ="=, grrrh geram aku! Hee~

So, moral of the story is:
Don't judge a drink by it's yummy colour

Tak faham? Alah sama angkatanlah dengan pepatah yang ini:
Don't judge a book by it's cover

Tak faham jugak? Pergi bunuh diri. Cikgu kat sekolah ajar kau buat apa? Main guli? Kah kahh. Eh jangan ikut pulak! Kalau tak tahu tanyalah. Apalah! :D Okaylah. Pentel sharplet.5 off. Assalamualaikum.

kiryuuasrar

Minggu ketiga trial

Assalamualaikum..


Rabu
19 September 2012
Wallawey! Biology memang subject kesukaan gua. Cayalah! Soalan gila senang! Macam nak tercabut kepala gua buat tadi. Senang gila! Bhuurr *vomit* err... excuse me. Mabuk pulak buat essay banyak sangat hari ni. Kah kahh.

Boleh la. Essay yang macam mana anak boleh masuk dalam kumpulan darah O sedangkan ayah punya darah A, ibu punya darah B. Lalala benda ni aku suka so masa cikgu ajar tu aku terus ingat sampai sekarang. So aku tak baca pun boleh jawab. Tapi variation gua tak ingat -,- gua tak dapat buat. Lalala 8 markah hilang terbang begitu sahaja. Ye ye tahu. Babai~ hahaa dan lagi dua essay tu memang membunuh la. Baik gua pilih yang ada jugak yang gua tahu kan? Hahaa daripada tak tahu langsung.

So, finelah. Tengok je apa cerita benda tu nanti -,-

Khamis
20 September 2012
Jyeah! Soalan Bahasa Arab SENANG membunuh! -,- menganga aku tengok essay yang panjang 150 patah perkataan tu. Hek eleh. 150 patah je. Tu pun tak boleh buat. Ha'ah! 150 patah JE pulak kau kan? Sini aku nak tengok kau buat karangan Arab 30 patah. Ada kau dapat? Tak ada kan? Hurhh. Jangan ingat 150 patah tu ciput. Tegang sel otak aku fikir nak guna perkataan apa lagi tahu tak?

Lepas tu aku boleh lupa 'alaqah tasrihiyyah. Wallawey. Yang tasrihiyyah aku buat kat majaz mursal. Sengal tak? Paper 2 aku memang hancuslah. Tapi soalan ucapan 30 patah perkataan tu aku dapat buat :) ucap birthday. Okaylah. Gua chow dulu. Nak buat entry lain :) Pentel sharplet.5 off. Assalamualaikum.

kiryuuasrar
 
This blog is fully designed by Cik Wawariang.