The Friday -,-

Assalamualaikum...


Pagi tadi masa Program Budayakan Al-Quran, kitaorang baca yaasin untuk arwah isteri USA [Al-fatihah]. Meninggalnya semalam kat hospital. Kesiannya. Dah la ustaz pening dengan kerenah kitaorang, markah exam lagi, alhamdulillah anak ustaz yang baya kitaorang tu habis exam semalam jugak. Kalau tak macam mana ek? Kuasa Allah kita tak boleh pertikaikan. Subhanallah. Allahuakbar. Cantik perancangan Allah.

So, hari ni takde apa yang best. Cuma dah dapat BM. Hoo teruk loh aku -,- terlupa buat penutup rumusan. Lalala. Haha. Lepas tu aku punya tatabahasa semua lingkup. Peribahasa aku terbalik. Then, aku dapat B -,- kah kahhh tepuk tangan sikit! *applause* jyeahh! Haha.

Math, aku target 70 sebab banyak aci taram aje -,- haha dapat 82 je. Kah kah kalau aku tahu, target 88, dapat 100 ehkeke. Sejarah belum dapat tapi..... hee :D tapi hari tu cikgu kesayangan aku personally jumpa aku, beliau kata...

"Sejarah awak meningkat dengan baik."

Lalala~ haha! Sambil tersenyum comel Puan Adibah berkata :D Bagi budak yang buta Sejarah macam aku ni haruslah happy gila! Kah kahh. Dulu markah aku standard 50 je. Lalala~ pandailah katakan. Yang ini mungkin meningkat kut tinggi sikit. Haha. Mungkin sebab aku sayang cikgu Sejarah aku ni lebih kut. Hee :D serius dalam banyak banyak cikgu kat sekolah tu beliau je yang aku masih sayang gila sampai sekarang dari form 3 beliau ajar kitaorang BI. Hee :D so, tu kot faktornya. Dan yang lebih penting, FOR THE FIRST TIME sepanjang aku pernah belajar Sejarah dari form 1 sampai sekarang, ni lah FIRST TIME aku baca buku Sejarah betul betul. Haha! Parah tak? Aku memang mindset kat kepala,

Sejarah... fakta... ngantuk... tidur... result hancussss. Haha!

It's Najwa *buat kening double-jerk*. Paling benci benda fakta dan subjek yang mesti membaca. Lalala~ haha. Okay kecuali Bio. Aku tak suka baca macam mana pun aku tetap suka subjek tu tak tahu kenapa. Haha. Okaylah. Chow. Pentel sharplet.5 off. Assalamualaikum.

kiryuuasrar
 
This blog is fully designed by Cik Wawariang.