Alhamdulillah

Assalamualaikum...


Harini kelas SI petang batal. Ustaz suruh kitaorang balik senyap senyap. Dan memang kitaorang senyap senyap balik. Then, aku call ayah dua kali, tak berangkat. Call ibu, sekejap je. Ibu kata ayah on the way but lama jugak aku dengan Diba kena tunggu, ayah tak sampai sampai jugak. Aku suruh Diba tunggu lagi kat bus stop dalam sekolah tu then aku pergi call ayah sekejap. Kali ni ayah angkat kata kejap lagi sampai. Dah tu aku pergi balik kat bus stop depan tu. Ayah pun sampai naik Wira.

Naik je Wira, guest what? Terkejut gila tengok muka tangan kaki ayah semua luka luka. Nana kata ayah accident. Diba dah senyap takut tengok darah. Aku relax sikit je. Sikit je la. Sebab mabuk darah aku bukan kuat. Kalau banyak sangat baru aku muntah. Tapi ni cuma luka luka sikit je. So tak effect apa pun. Just aku takut tengok luka luka tu. Merah darah!

Aku tanya macam mana ayah boleh accident? Ayah tanya aku balik. Tak dengar ke bunyi pagi tadi masa sampai sekolah. Sebab ayah accident depan sekolah sebelah. Gate kecik tu betul betul depan jalan melintas sekolah sebelah. And aku tak dengar? Yes, aku tak dengar. Kalau aku dengar sure aku tak pergi sekolah. Time tu jugak aku lari ke tengah jalan. Patut tadi satu hari jantung aku berdegup kencang tak tahu on what reason.

Aku tanya lagi macam mana boleh accident? Ayah kata orang tu naik van. Baru lepas hantar anak dia kat sekolah sebelah. Ayah tengah jalan masa tu. Orang tu keluar tak tengok tengok. Aku tanya orang tu Melayu ke Chinese? Ayah kata tak perasan sebab lepas jatuh tu terus dah jadi mamai tak ingat apa. Habis ada orang hantar pergi hospital? Yes, ada. Orang yang langgar tu ke? Ayah tak perasan jugak.

Kalau orang yang langgar tu yang hantar, baguslah. Bertanggungjawab kan? Kalau tak, heh! Tuhan je balas since aku tak kenal kau siapa and aku tak tahu kau tu Melayu ke Chinese ke Indian ke what so ever. Hope kau survivelah! Sebab alhamdulillah ayah aku survive and just luka sikit sikit. Cuma jalan terdengkot dengkot sikit. Muka pun ada luka merah darah tu. Dah tak handsome dah ayah aku -,-' berani betul orang tu! Kalau aku dapat dia! Hish!

Apa apa pun alhamdulillah ayah luka sikit je. Tak teruk and paling penting masih boleh jaga kitaorang satu family :) bila fikir balik macam salah aku jugak pun ada. Sebab selalu Subuh aku doa panjang berjela untuk keselamatan family, cikgu cikgu and kawan kawan. Tapi pagi tadi entah la. Tak teringat doa tu. Yang lain aku baca macam biasa. Tapi yang untuk keselamatan tu aku rasa aku terlupa baca. Moral kan... jangan lupa sentiasa mendoakan our family, teachers and friends' safety.

Sebab Allah suka orang yang sentiasa meminta dan mengadu pada-Nya. Yang tak minta tu, sama dengan orang yang sombong and Allah tak suka orang macam tu. Kenalah berdoa selalu. Solat lima minit je kan? Doa tu dua minit pun cukup insya-Allah. Take time sikit je. Kita boleh habiskan masa lama lama dengan dunia. Lima ke sepuluh minit dating dengan Allah takkan tak boleh kan? Think about it :) together.

Alhamdulillah. I'm off. Assalamualaikum.

kiryuuasrar
 
This blog is fully designed by Cik Wawariang.