Dah nak gila!

Assalamualaikum..


Tadi dah update pasal kegeraman aku terhadap kekejian dua insan, Ifat dan Hairi aka Epat sengal dan Ayie senget! Grr.. hehee. Sekarang aku nak membebel. Haihh! Aku rasa dah nak gila! Mana aku nak cari lagi 10 orang model untuk Busana Muslimah tu wey! Dah lah aku pun kena. Bukannya lawa aku nih! Jadi model? Bhuurrr *vomit* semua orang pun vomit nanti.

Model pakai furdah boleh lah. Nanti aku test. Yang aku pening mana nak catwalk segala. Dah la aku tak berapa nak tinggi. Nak peragakan jubah yang untuk orang lampai? Means aku kena pakai high heels. Bhahah! Memang lawak yang tak lawak langsung! Kalau aku tergolek atas pentas jangan gelak la ea! Huk! Pening~ Mana nak cari lagi 10 orang model lagi. Mana nak pening segala hal lain lagi. Huaa! Kenapa aku yang terlibat dengan modelling tuuu??!! T_T sakit kepala aku fikir! T_T

Untung dah dapat beberapa orang. Safi dah okay. Wilda dah boleh. Piqa macam dah okay. Tunggu Mai. Qila pun okay. Classmates lain tak confirm lagi. Tapi selebihnya tu, cemana ek? Huaa! Siapa nak tolong aku?? ="=

kiryuuasrar
 
This blog is fully designed by Cik Wawariang.