Again in 21.12.2012

Assalamualaikum.


Tadi pagi lepas buat entry, dah tutup lappy segala tiba tiba ayah keluar dari bilik. "Dah daftar. Esok mula kursus. Motor kereta tau." -.- sempat la jugak aku jatuh rahang tiga saat. Baru cakap kat ayah semalam kut setuju nak ambil license -.- tiba tiba ayah bagitahu pagi ni esok Pak Khalid ambil pukul 8 pagi kat rumah. Wha.... Okay lah. Takde la susahkan ayah kan. Ikut pakej je. Ayah dah bayar segalanya aku tinggal tunggu je sebab pergi berhantar balik pun berhantar jugak. Sekali masuk payment. So aku tak boleh nak refuse. Then, okay la. Esok aku tinggal tunggu Pak Khalid depan pintu rumah -.- kita dating kejap yea Pak Khalid yea? Hehehe nonsense -.-

Esok mati sekejap la aku kebosanan dengar ceramah 5 jam tu -.- tak kisah la tu kan. Yang aku kisah sekarang ni adalah nenek buat kenduri esok! Ibu dan adik adik semua dah balik rumah nenek tadi. Dan aku  kena tinggal kat rumah sebab esok pagi kursus. Petang baru balik dengan ayah. UNFAIRRR! :'T nak balik awal jugaaakk. Nak jumpa nenek jugaaakk. Nak jumpa Hannan! Nak jumpa Ayyad :'( *kesat air mata*.


Takpe la. Then, Giatmara aku tak dapat sebab dah full. Okay fine. Takpe. Biha pun kata dah takde rezeki nak buat macam mana kan. Uwaa! Tadi aku nampak Kawasaki hitam putih! Melting siut tengok bentuk dan colour dia! >_< sukaa! Hehehe lepas tu masa pergi BP Mall. Dengan Biha, Tiqa dan Bila. Kita orang teman Tiqa fix netbook. Masa kat motor parking lot aku nampak Suzuki. Tapi tak tahu type apa. But seriously bentuk dia macam Belang S. Tak tahu la -.- sibuk dok 'teman' Biha usha 125 hitam merah tu. Pandang sebelah 125 tu nampak 'Kepala Harimau' HAHA! Kepala Suzuki tu macam Harimau sikit. Sebab tu kut nama dia Belang HAHA kelakar bentuk dia tapi cute. Hitam merah jugak. Smart la.

Kinda macam ni la. Ada tulis Suzuki kat badan dia exactly macam dalam gambar tapi tak perasan pulak ada tak tulis Belang S kat situ hehe aku tengok depan je tak tengok belakang.

Tengok tu kepala dia macam Harimau kan? Agak la. Ke aku je yang perasan macam tu? Hehe. By the way, lawa ke motor ni? Ada la orang tuuuu.... *muncung panjang sikit* suka sangat kat motor niiiii.... *tayang taring lama sikit*. Siap suruh aku belanja kan? Ingat Belang S ni dapat macam beli gula gula kat kedai ke? Seposen dua HAHA tak pun dua singget HAHA ada suruh orang belanja benda 2000 something. Orang mintak Ace baru 700 something tau :D

HAHA banyak aku cerita hari ni kan? Ada lagi laa. Suara aku pun dah makin cute ni. Sakit tekak punya pasal. Dah lama pulak tu batuk batuk. Adui -.- hehe dengan tadi tengok Bila usha motor kat motor parking lot gaya pencuri je HAHA Biha dengan Tiqa dah sampai kat motor dah. Aku dengan Bila je masih usha usha motor. Kalah Si Biha yang minat motor tu HAHA tapi dia minat 125 je. Aku, mana yang lawa aku suka mueheheh :D then tadi beli sandal baru :D Nike. Smart *angkat kening dua kali* Hitam la. Mula mula nak pilih warna coklat. Tapi aku dah nampak hitam, memang tak pandang lain :D

Dan, Ahad ni Kak Zyan bertunang. Erk? Siapa tu? Bila aku ada kakak? HAHA kakak segera -.- acehh orang tu tah nak ke tidak jadi kakak aku HAHA Okay tu je kut :D I'm off. Assalamualaikum.

kiryuuasrar
 
This blog is fully designed by Cik Wawariang.