:D

Assalamualaikum...


Yeahh sakit perut -.- HAHA bebel Hannan aku tak makan nasi sehari semalam. Alah dia pun sama tak makan lagi nak suruh aku makan -.- sudah lah Nan! HAHA semalam dengar lagu Sayang - Shae bukak kuat kuat satu rumah dengar. Lepas habis lagu dengar ibu nyanyi :: Sayyang apa khabbar denganmu :: HAHA sekali imbas dengar macam bunyi Indon. Lawak gila! Semua gelak lepas ibu nyanyi. Hannan, Haziq dan Nabila tidur rumah aku :D

Lepas tu tiba tiba Wan bagi berita mengejut kami nak pergi Wetworld. Okaylah aku ikut. Walaupun tak sebest kat Wonderland Melaka tapi still best. Ramai orang. Crowded sangat. Dan memang boleh bertambah rabun masuk dalam situ. Semua tak tutup aurat woo! Kalau kaki tu lawa takpe! Bulu lebat macam bulu jagung -.- kalau aku spray guna Ridsect ke Shieldtox ke sure gugur kan bulu jagung kau? HAHA apa sehh muka handsome aurat tak reti tutup -.- cancel buat calon suami HAHA ada yang cukup pakej kut sekali smoking -.- memang !@#%^&* HAHA memang tak la kan.

Main air macam budak kecik HAHA Hannan pergi siram burung yang ada kat tepi kolam tu. Kesian tau. Habis terbang HAHA Sakan main air sampai selesema aku datang balik bersin bersin HAHA batuk tak payah cakap la memang tak baik punyaa :D  tapi suara aku dah okay dah. Tak cute macam hari tu :D HAHA memang satu hari dalam tu tak makan nasi -.- hari ni sakit perut pulak HAHA dah la aku p.pain -.- sakit woo! Macam nak bersalin! Hehe okay aku tipu -.- tak pernah rasa lagi sakit bersalin ngahahah! Ibu selalu paksa aku makan sayur kata kalau tak makan sayur nanti lepas bersalin sakitnya worst gila -.- ibu ni! Dah la aku bukan makan sayur sangat. Ada ke cakap macam tu. Bagi aku rasa tak nak kahwin je -.- HAHA habis lah takdenya nak calon calon anak Uncle Kamal ke Auntie Bad HAHA memang tak la aku nak tengok anak Dato' -.- Uncle Kamal tu scary la. Mesti anak dia pun scary. Casanova -.- HAHA jahat aku kutuk orang hehehe :D

Lepas tu balik. Dah penat main air, balik kedai terus ibu suruh tolong masak. Ibu masak sup ayam. Perut aku memang berkeroncong lagu rock je. Takde dah lagu Keroncong Untuk Ana HAHA aku buat sambal kicap. Maghrib ibu suruh balik. Kitaorang tak datang kedai balik then ibu pakced makanan bawak balik rumah. Tapi aku dah tertidur pukul 7.30 tu. Tak solat kan. Tapi volume ringtone phone aku bukak max sebab nanti ada text masuk kang takut aku tak sedar. Dalam pukul 9 ada text. Dia la bagi. Tengah mamai aku reply text dia memang nak taip 'hehe haha' segala. Nampak macam aku suka nampak macam aku gelak walhal aku mamai baru bangun tidur. Dia takde mood kut tu yang sakit hati aku gelak. Lepas tu aku tertidur balik lama baru aku reply.

Aku bagitahu ea. Aku paling tak suka orang tuduh benda yang aku tak buat. Aku tertidur then tuduh aku tak nak reply. Hari tu pun sama. Orang kesian dia penat suruh dia tidur then tuduh orang malas nak layan dia. Apa sehh. Ingat benda tu terus hilang lapar aku. Dah takde nafsu nak makan. Memang tak makan. Dia tanya pun aku bantai jawab dah. Aku kan penipu HAHA so, cakap la benda tipu. Sakit sakit pun gelak je. Penipu sangat kan aku ni? HAHA dah biasa dah kerja kerja tipu diri ni. Takpe. Tak kisah. Esok lusa kan? Esok lusa lah :) Ye ye esok lusa. Seminggu je lagi PLKN. Dah tak payah nak esok lusa sangat. Tunggu je lepas habis PLKN kan senang kan. Masa tu kalau aku mati pun kau tak kisah kan HAHA

Okay, aku nak baca buku. Test memandu bila bila je boleh pergi. Assalamualaikum.

kiryuuasrar
 
This blog is fully designed by Cik Wawariang.