22/2


Assalamualaikum...


Congrates Wawa!

Haha pernah dengar ada orang say congrates kat diri sendiri? Haha pernah kut. Ni aku buat :D 22/2, Jumaat, means semalam, aku happy! Aku pass B2 test! Alhamdulillah :D

Aku sent mesej kat semua orang! Ayah angah [ibu tak sebab angah dah bagitau] Piqa Mai Diba Biha Nad Tiqa :D haha respond mereka,

Me : Ayah, lulus! Hehe
Ayah : Alhamdulillah

Me : Aku lulus! Hehe
Angah : Semua ke?
Me : Cis! Cakap lah kau jealous aku lulus semua bahagian! Haha
Angah : Ceh, bila kau dapat P?


Me : Aku lulus! Hehe
Piqa : Congrates :D dah lulus ni boleh la belanja aku makan
Me : Haha aku teringin nak makan sizzling :D
Piqa : Betul la. Aku pun teringin. Tengok promoter aku makan macam sedap je.
Me : Haha senget


Me : Aku lulus! Hehe
Mai : Congrates!!

Me : Aku lulus! Hehe
Biha : Ujian litar ea? Cakap apa dah lulus?
Me : *hehe, contoh kakak baik ni* Alhamdulillah hehe :D dah berapa ribu kali aku cakap hari ni Biha :D
Biha : Kereta bila?

Nad tak reply. Kerja kut. Karang phone dia masuk hidangan sushi siapa nak tanggungjawab? Haha Diba takde kredit kut. Tiqa, aku memang tahu dia takde kredit. Haha. Dia? Siapa tak kenal? Phone masuk bawah katil ke bawah tanah ke, kisah apa dia? Orang tanya mana phone, baru dia terfikir, "eh mana phone aku!?" haha. That's Atiqah Amira. The cute one the kiddo one :D

Facebook,

Kak Memey : Tahniah yerk.hehhe..
Abit : dah leh gerak tmn sri jaya lah nie ? haha


Okay, aku dah lulus. Tapi tak puas hati dengan JPJ tu! Dia tanda cross kat bahagian emergency break 'menggunakan kedua dua brek kaki dan tangan'. Dia cross you know? Cross. Bukan tick! Cis! Kemain sakit kaki tangan aku pijak tekan break kaki tangan tu dia boleh tanda cross kat aku punya kotak 'menggunakan kedua dua brek kaki dan tangan'? Cis! Mencemar kertas result aku je. Yang lain tick satu tu je cross! Okay tak masuk kertas lagi satu la.

Kertas satu lagi tu pun ada cross jugak. Tak guna gear yang sesuai. Hehe memang la. Kau bukan tak tahu kat rumah aku ada dua motor. Dua dua skuter. Mananya aku nak berlatih guna motor gear -_- memang takkan punya tick kat kotak yang satu tu -_- haha ahh! Tidak ku peduli dengan semua itu! Yang ku peduli, adalah aku telah lulus! Muahaha. Baik punya baku bahasa aku. Kah kah kah XD

Eh, budak yang satu kereta dengan aku tu pun lulus jugak :D Pak Khalid kata, kitaorang ni dengar kata. Sebab tu lulus. Budak yang lagi sorang, tiga kali tak lulus sebab tak dengar kata. Lepas tu balik rumah nak marah marah ngadu dengan ayah dia. Ayah dia marah Pak Khalid. Cehh! Dey kichi, tu bukan salah Pak Khalid daaa. Salah kau sendiri tak dengar kata -_- tengok kami pelajar contoh ni, aku and Shazwan :D baik tau :D bengang bengang angkat tangan toleh toleh belakang gaya syok sendiri pun kitaorang bantai buat. Dengar kata la katakan. Sebab tu lulus. Muehehe bangga pulak. Ceh haha insya-Allah boleh lulus la budak tu lepas ni. Good luck :) so lepas ni, aku dengan Shazwan dah free dari memikirkan pasal motor.

Ouh yeah. Shazwan tu nama budak yang satu kereta dengan aku tu la. Baru sekarang aku dapat ingat nama dia. Muka dia pun aku dah boleh imagine sebab sekarang ni dia quite often datang kedai beli gas -_- haha dia nice looking okay :D tak handsome tak hudus ehkeke :D nice looking la kira. Macam Si Azeem Senget :b eh Mai kata ada jodoh sebab nama Shazwan sama dengan nama angah. Haha mangkuk la kau Mai. Tak make sense langsung.



Tadi memang gerun gila la. Aku punya giliran 33A. Sampai nombor 20, budaknya bangun amek motor. Aku relax lagi. 21, ada. Bangun amek motor. Aku relax lagi. 22 relax lagi. 23, relax. 24, relax. 25, budaknya takde. 26, takde. 27, takde. Aih kemain laju nombor ni nak pergi kat giliran aku. Mana pergi calon calonnya? Shilakak. Dah la aku seram. Nombornya makin laju. 28, ada. Budak lelaki tu belakang aku. 29? Takde. Gulp! Dah 30? 30 budak perempuan yang hari tu belajar sama sama dengan aku. 31 budak lelaki. 32 budak perempuan. 33, that's me!

Dah la aku takde helmet yang takde penutup kan? Semua ada. Last last pinjam pak Khalid. Haih! Nasib baik wangi haha. Tapi rambut aku tebal sangat, helmet tu tak muat nak masuk. Wahkaka. Paksa jugak. Lepas tu, jalan la apa lagi. Titi selamat. aku paling takut kat situ la. Alhamdulillah lepas. Kon pun okay. Emergency break je aku tak puas hati apsal JPJ tu tanda cross kat situ. Aku guna dua dua break tau sampai tayar belakang dah tak bergerak. Motor tu pun terseret -_- sad life. Huh!

Tapi serious. Aku sendiri tak sangka aku lulus. Hihii. Alhamdulillah :D berbakul pujian aku dengan Shazwan telan. Dan terpaksa dengar bebelan Pak Khalid pasal mamat yang tak pass tiga kali tu. Gaya Pak Khalid bebel macam mamat tu ada je. Walhal takde pun. Cair telinga kitaorang yang tak bersalah ni. Huwahahaa. Itu je kut.

Apa yang penting, lepas ni aku dapat P motor! Yeahh! :D boleh jealouskan Azeem. Wahkaka. Niat tak baik~ niat tak baik~ haha. Eh, Mai pun jealous. Dia yang amek lesen dulu, aku test dulu. Wahaha :D Tapi dia dah belajar kereta dua kali. Aku kereta tak mula lagi -_- sad life. I mean, mula belajar betul betul. Aku just dah belajar pusing Kampung Istana, parking dengan tiga penjuru. Semalam ayah dah bising suruh aku tengok kalau ayah drive -_- ai ai Inche Sahar -_- hehe :D okay, tu je nak story.

P/s: Tak wajar ke aku bagi tempat duduk kat budak lelaki tu? Dia duduk exactly belakang aku kut. Ingat aku selesa ke? Sebelah kanan aku takde orang. Sebab aku paling hujung. Tapi sebelah kiri aku, kawan dia. Lelaki jugak pulak tu. Cuba kau fikir. Sebelah, budak lelaki. Belakang, budak lelaki. Tak wajar ke aku bangun bagi tempat duduk kat mamat belakang aku tu? So why nak tengok aku atas bawah? Salah apa aku buat? Kau ingat aku suka kat budak lelaki tu so that aku bagi tempat duduk yang redup kat dia and aku duduk kat tempat yang direct makan cahaya matahari? ="= tak make sense langsung mehh. I wonder kauorang akan lebih terangkat kening tengok aku diam je duduk sebelah dan depan budak lelaki kat tempat yang redup or lebih pandang aku atas bawah aku bangun dari tempat duduk yang redup tu dan bagi tempat duduk tu kat mamat belakang aku yang handsome tu dan duduk kat tempat panas terik kena cahaya matahari tapi sebelah budak perempuan -_- better kat tempat panas sebelah perempuan berbanding tempat redup sebelah lelaki laa -_- apa kau songsang? Haishh

I'm off. Assalamualaikum.
 
This blog is fully designed by Cik Wawariang.