Cinta Kau Dan Aku

Assalamualaikum...


Entry kali ni banyak gambar dan ada lirik lagu. Sebab tu panjang. Ayat sikit je :D

Woo tajuk akuuu.... haha makin jiwang kau kan Wawa. Haa tu la. Apahal tah ni. Ish HAHAHA OTAK KAU! Ni tajuk novel lah pandai! Pernah baca tak? Karya Siti Rosmizah. Ala yang kalau baca novel dia je mesti rasa macam nak koyak je buku tu. Memang nak koyak pun. Tapi sayang kan? Mahal mahal beli takkan nak koyak. So, sabar jela.

Ex tunang dia tu keji gila ar. Benci betul. Dah ex tu dah la. Dah la dia yang tinggalkan Farish tu. Lepas tu semak semak nak runtuhkan rumahtangga orang. Memang dah lama hidup betul. Kalau aku jadi Risya memang tak selamat minah tu -_- geram gilaaa. Makan penyepak sekali memang tak cukup laa ="= kalau aku jumpa manusia spesies macam tu... WASSALAM ar dia aku buat! *emo* haha

Buka twitter, ada pulak yang tweet macam ni.

"Ex yg baik adalah ex yg sanggup lagi berkawan dgn kita menegur kita blablablabla." Sebenarnya kalau dia tu baik, dia takkan tinggalkan awak.

Okay aku setuju gila kay ^_^ nak nak lagi spesies macam Si Suraya sengal ni. Dah tinggalkan orang, tak sedar diri lepas tu nak runtuhkan rumahtangga orang. Hell ya -_-


Ni la cover novel. Comel kan? :D kalau baca buku ni memang macam orang gila la. Gelak menangis gelak menangis sama macam Lafazkan Kalimah Cintamu :D karya Siti Rosmizah jugak. Bila lawak, tak cukup suara gelak. Bila sedih, huh! Memang tak cukup air mata menangis! Haha. Cerita ini telah didramakan dan dijangka akan difilemkan pulak macam Ombak Rindu. Drama dia sekarang sedang ditayangkan di TV1 pada pukul 10 malam setiap hari Khamis dan Jumaat.



Haaa semalam baru aku tengok. Dah sampai part Farah dan Suraya merancang penangkapbasahan antara Farisya dengan Zack Kapcai. Episod minggu depan, Farish cerikan Farisya. Pffft aku sebenarnya tak suka cerita cerai berai ni. Tapi memandangkan aku nak tahu sambungannya, aku pun baca jugak sampai habis. Memang BEST la wa cakap lu!

Kalau tak reti saiko orang, kau belajar je dari novelis ni. Semua novel dia sedap gila kut ayat saiko dia :D kalau dah lepas cakap, terhina ke apa ke memang makan balik paku buah keras la. Sebijik sebijik kena macam bola boling gabung buah kelapa jatuh atas kepala kau, hempap kau sampai pengsan dengan berlumuran darah. Berat wooo haha telan sebiji sebiji! XD


So, tengok la cerita ni. Best :'D Lagu dia pun best :')

Saya takkan tinggalkan awak. Saya akan duduk disamping awak melainkan awak yang buang saya.

Quote dia aku suka :'O


Bunga-bunga yang bertaburan
Alam ibarat meraihkan
Luhurnya satu percintaan
Bagaikan telah ditakdirkan

Namun cinta kau dan cinta ku
Banyak halangan datang bertamu
Mampukah ditempuh satu-persatu
Terdayakah menahan onak beribu

Hatiku semakin terluka
Bila setia ku kau permainkan
Mengapa harus sengsara
Bila cinta dalam genggaman

Cinta kau dan aku
Mungkinkah bersatu
KepadaNya ku pohon restu
Tunjukkan jalan yang terang
Untukku..

Tiap cinta ada cerita
Penuh onak ranjau yang berliku
Ku tabah ku harungi jua
Dugaan cinta kau dan aku

Cinta kau dan aku
Mungkinkah bersatu
KepadaNya ku pohon restu
Kembalikan dia padaku..

Memang perlu cari spouse yang berlawanan kan? To complete each other :)

:') sedih okay. Menangis baca novel dia. [Pffft minah yang tak rupa perempuan macam kau pun menangis tengok drama ke?] Err *(_ _ |||) nak mati kena bunuh orang yang cakap ni* WOI! Setakat ni aku tak menangis tengok cerita dia laa. Novel je aku nangis :D paling sedih Cikgu Zul mati la :( nanti Risya cerai dengan Rish. Dah nak nikah dengan Cikgu Zul pun. Tapi Cikgu Zul mati masa hari nikah dia dengan Risya, sebelum diaorang sempat nikah. Masa tu jugak patutnya Farish nikah dengan Suraya. Tapi tak sempat sebab Farish dah tahu hal sebenar yang Farah dengan Suraya sengaja nak buat dia dengan Risya bercerai. Masa tu jugak Farah dengan Suraya makan penampar. Hihikk. Suka I taww :3 bhahahaa habis setan sangat runtuhkan masjid orang. Bak kata Risya lah, diaorang tu setan. Aku curi dialog aje. Sebelum Zul meninggal dia kata dia nak tengok Risya nikah dengan Farish. Farish on je sebab dia tahu hal sebenar dah. Tapi Risya sakit hati sebab Farish tak pernah percaya dia. So, dia tak nak. Tapi nak ikutkan Zul punya permintaan, dia tak kisah. Tu yang diaorang boleh kahwin balik. Haaa masa ni la ayat saiko dia semua keluar. TERBAIKK! :D okay I'm off. Assalamualaikum.
 
This blog is fully designed by Cik Wawariang.