Random Talk

Assalamualaikum...


Penat. Sangat penat. Banyak benda aku fikir sekarang ni. Haha test kereta tak lepas! Bagus kan jadi Wawa? Kerja menyusahkan orang je sepanjang masa. So rasanya aku kena mahirkan lagi bawak kereta power stering. Sebab kereta biasa aku boleh drive okay je tak ada masalah sampai kat kereta test JPJ tu boleh pulak aku hampir membunuh diri dan Encik JPJ tu. Sepanjang jalan balik tu aku kena bebel.

Macam mana awak bawak kereta ni? Awak belajar ke tak belajar ni?

Aku diam je.

Cuba bayangkan, awak bawak kereta macam nak bunuh diri. Macam mana saya nak bagi awak P.

Kalau saya tak break tadi awak rasa apa jadi kat kita? Saya, awak dua dua masuk hospital tau.

Aku nak aje cakap, Encik, kalau tengok macam mana panjangnya trailer kat simpang tadi macam bukan kat hospital lagi dah. Ke kubur terus, Encik. Haha tapi aku diam je. Macam nak menangis pun ada masa tu. Dia kata aku tak belajar T_T Encik tak tahu ke saya punya bersungguh sungguh belajar sampai cikgu saya kata saya bawak bagus macam mana boleh failed? Entah la.

Sebelum test tu macam dah boleh agak je aku takkan lulus. Masa drive pun aku fikir benda ni semua. Segala apa yang selama ni aku dah lama tak fikir, terfikir balik. Benci betul. Masa nak fokus la segala benda tu nak pop up kat kepala aku.

Hidup aku ni macam takde lain je aku buat selain bagi ibu ayah beban, bagi orang lain susah, bagi orang lain sakit hati, bagi orang lain tambah tak suka kat aku. Selalu susahkan orang. Kalau cakap main lepas je tak fikir apa orang rasa. Keji gila kan? Sorry tengah cuba ubah.

Sekarang tak tahu nak pergi mana. Semua orang dalam dilema. Yang dapat matriks ramai tapi tak nak pergi semata mata sebab tak nak study struggle. Haha aci sengal je weh budak 10A tu tak dapat matriks tapi dapat form 6 kat High School sama dengan aku. Ramai kut dapat matriks tak dapat form 6. Tapi ramai jugak dapat Form 6 tapi tak dapat matriks. Yes, contoh terdekat adalah aku, Adel Si Budak 10A muahahah, Qila, Aien, Nadz dan Bella. Tak boleh blah okay aku tercampur dengan budak budak golongan pandai ni. Perli aku ke apa PPD ni? Terhina betul. Confirm aku je nombor akhir kang nanti. Diorang semua dah la terer. Haishh. Kena struggle aku ni nanti.

Paling tak boleh blah diaorang campak kitaorang kat High School. Tak agak gila. Kau bayangkan la, tak ke magic baik baik kitaorang asalnya sekolah kat sekolah yang semua studentnya perempuan, tiba tiba kena campak masuk sekolah yang semua studentnya lelaki haha.

Untung la. Nanti boleh jumpa Abe Abe - Wana

Haha ingat aku miang rebung buluh macam dia ke? Haha. Dia heaven la jumpa abe abe HS. Aku jumpa mamat HS aku cabut haha teringat masa tu. Aci sengal je yang masa budak sekolah mana entah datang sekolah kitaorang. Nak lalu situ terus buat break emergency taubat dah tak lalu tepi dewan. Haha Wana pun ada masa tu. Dia miang miang pun kat belakang aje. Kalau jumpa mamat HS dia pun cabut hahaha lawak gila la Si Wana ni.

Jealous la Azeem - Piqa

Ni ayat paling tak boleh blah okay haha ada ke patut dia kata Azeem jealous aku sekolah kat HS? Aku lagi jealous dengan dia laa. Kalau dia amek form 6 sure kat STUDI punya. STUDI ada siapa eh? Haha merepek je. Tapi bukan kira fair and square ke kalau betul la dia nak form 6 kat STUDI, aku tak ada lah jealous sangat sebab High School BP ni rata rata pelajarnya handsome dan pandai muahahah! Semua lelaki pulak tu. Form 6 je ada perempuan. Lalalaa heaven bagi perempuan yang gedik gatal miang okay. Hell for an innocent girl like me. Puihh hahaha.

Tapi memang laa. Tak kira boleh stand by ke kalau kut kut tiba tiba ada orang nak kat dia dan dia pun nak kat orang tu, tak kan aku nak duduk kat tengah tengah macam orang bodoh lepas tu rampas kasih orang? Haha please I tak nak jadi perampas okay. Besides, budak STUDI cantik cantik comel comel dan pandai pandai. Aku ni bukannya cantik bukannya pandai sangat. Comel tu ada la sikit kan. Yelah, gemuk pendek kan comel kan kan kan? Haha ignore. Selagi dia tak pandang lain aku takkan pandang lain. Tapi sekali dia pandang orang lain, aku tak pandang dia dah. Shoot okay. Aku tak simpan and terus shoot. Tak puas hati? Datang sini kita settle one by one lepas tu kau shoot face to face dengan aku. Okay?

Aku tak ada niat nak kata sesiapa tapi penat la macam ni kan. Banyak benda aku fikir walhal benda kecik je pun. Aku yang besarkan. Terasa macam selama aku hidup ni tak pernahnya aku tak susahkan orang. Aku yang fikir terlebih walhal dia tak fikir benda tu langsung pun. Aku je yang ada imaginasi tinggi tahap agung kalau bab dia nak suka kat orang lain. Yela, mana mustahil. Semua orang suka orang cantik comel pandai. Aku apa ada? Comel je. Muahaha! Sempat je okay kalau nak puji diri comel. Back to topik, selalu memang aku simpan je benda ni sebab aku tahu memang aku je yang tinggi imaginasi fikir bukan bukan walhal dia tak buat malah tak terfikir nak buat pun. So kira buat malu je la kalau aku cakap kat dia pasal benda ni. Ye tak? Haha dan aku masih cuba meng-cool-kan diri. Lepas tu bila fikir balik pasal semua benda yang aku fikir ni, terasa macam... apa hal la aku boleh fikir pasal benda ni? Buat sakit otak aje. Aku memang berimaginasi tinggi ea? Dia tak apa aa pun. Haha banyak betul aku membebel okay. I'm off. Assalamualaikum.

kiryuuasrar


 
This blog is fully designed by Cik Wawariang.