Camping Second Day - Night Walk!

Assalamualaikum...

- Continue from the last post -


Selamat Datang ke Hutan Lipur Soga Perdana :D

Pagi pagi sarapan. Lepas tu dapat mission paper, cari clue kat sekeliling sekolah. Mesejnya, Bukit Perdana. Jungle trekking kat Hutan Lipur Soga Perdana. Jalan kaki jugak! Macam nak pengsan aku. Mungkin sebab semalamnya tak makan nasi. Makan pun tak betul. Perut aku dah masuk angin. Nasib baik jalan tu okay lagi. Tapi sampai sana dah tak boleh naik tangga. Aku naik satu tangga je, macam melayang ke belakang. Sampai sana buat something, kitaorang kena denda. Budak chinese ajar kitaorang lagu happy birthday dalam chinese. It's "Zhu Ni Sheng Ri Kual Le" haha dapat naik.

Wey masa nyanyi tu Jason Ng tengok wa der. Malu I alls *tutup muka intai sikit celah jari* haha

Baru sampai. Penat xD









Lari sebelum naik pffft

Mendaki -.-


Naik agak jauh, kepala aku dah start berdenyut. Leher aku dah start panas. Kitaorang naik tangga yang tinggi tu. Bukan yang landai. Mission pertama aku rasa macam dah nak pengsan. Kepala aku berdenyut, aku panas, rasa nak muntah. Masa diaorang accomplish mission tu aku cakap dengan Aien aku nak muntah. Aien bagitau Mior. Lepas tu Mior pergi bagitau kat urusetia kat situ. Dah group aku semua naik, aku kena tinggal kat situ dengan urusetia. Pehh sungguh tak tipu terasa sangat bengang! Aku mintak minyak angin, diaorang kata minyak angin kat bawah. Pehh sakit kepala wa dengan rasa nak muntah tu takde pulak minyak angin. Minyak Yuyee wa tinggal pulak dalam dorm. Tapi urusetia bagi aku gambar buat kipas sebab nampak muka aku pucat mungkin haha xD

Lepas tu masa group Gentleman sampai, Sally pulak sakit. Dia punya kelengkang melecet. Okay wa tau sakit dia macam mana. Tak usah cerita okay. Lepas tu, kitaorang turun ke bawah. Sampai bawah aku mintak minyak angin, urusetia kata minyak angin kat puncak -_____- pffft yang kat atas kata kat bawah, yang kat bawah kata kat puncak haha aku cakap dengan diaorang takpe la takyah. Susahkan orang yang jaga first aid tu je nak turun dari puncak semata mata nak bagi aku minyak angin. Dan dengan baik hatinya, urusetia tu kata,

Takpe la. Itu tugas kami menjaga kepentingan kamu. Kamu duduk sana diam diam. Sekejap lagi minyak angin datang.

Haha aku pun tunggu. Lepas tu rasa macam nak baring, Sally bagi beg dia suruh buat alas kepala aku. Aku baring la. Baru pejam mata aku dengar tapak kasut macam lari datang kat aku. Nampak kelibat orang depan aku je terus aku bangun terduduk tengok urusetia depan aku. Dia tanya dengan gaya risau macam nak hape,

Eyy you okay tak? Tak okay nanti I bawak you balik *nada cemas*

Haha macam nak tergelak pun ada. Aku cakap la aku okay. Nak baring je. Dia angguk kata kejap lagi minyak angin sampai sebelum dia blah gather dengan urusetia lain. Agak lama aku baring, aku dapat minyak angin. Urusetia yang bawak minyak angin tu bagi kat aku, aku sapu kat dahi dengan tengkuk. Nyaman segar masa tu haha Sally pun mintak sikit rawatas susulan untuk jari kaki dia. Sebelum urusetia tu blah aku cakap dengan dia,

You turun dari atas ke bawah semata mata nak bagi i minyak angin? Kesiannya.

Takpe la. Tugas I. You rehat je.

Haha terharu I tau! :3 dah la handsome urusetia tu bhahaa actually aku lupa macaner rupa dia bhahaa xD aci taram kata dia handsome. Kumpulan Pandamen sampai dulu ke bawah. Diaorang sambung jalan ke tempat makan. Aku, Sally dengan... Mior naik kereta dengan urusetia haha agak pelik okay Mior tetiba naik kereta jugak. Actually dia tak sakit pun. Just penat je. So kitaorang makan bersama dengan group Pandamen. Lepas tu urusetia bagi budak Muslim solat kat masjid terdekat.

Pandamen di puncak

Dari kiri: Seventeen, Jia Hui, Mei Wen, Mior, Seng Huat, Jia Le dan Aien

Pandamen!

Aku and Sally ikut urusetia balik sekolah. Kitaorang mandi bagai, seriously no kidding kepala aku alhamdulillah okay! Haha lepas tu kitaorang solat zuhur sekali. Then, pergi ke destinasi seterusnya. Kali ni Te'a ikut. Tasik Y. Alaa depan sekolah aje hahahah kitaorang jalan kaki sekejap je. Mula mula nak pergi awal tapi urusetia yang jaga kitaorang kat sekolah tu tak bagi sebab takde orang yang dah sampai Tasik Y. Kitaorang cakap takpe la. Kitaorang sampai dulu. Dia kata nanti dia susah kalau jadi apa apa kat kitaorang. Dia kena bertanggungjawab haha so kitaorang duduk je la kat dewan bertiga. Urusetia duduk kat depan lappy tengok apentah tak tahu. Seronok bercerita, kitaorang tengok urusetia takde. Last last kitaorang blah je pergi Tasik Y haha

Makan kat sini

Jalan ke Tasek Y

Cari clue. Nak hint, mintak urusetiasss. Kena buat apa yang mereka suruh baru dapat hint. Group Pandamen dan Ultraman paling awal balik sekolah. Tasek Y dengan HS berdepan je. Tak jauh. Balik awal prepare untuk Persembahan Malam Kebudayaan.

Antara benda yang urusetias suruh buat
Snap gambar dengan mana mana budak yang ada

Persembahan

Ultraman [baju biru] vs penjahat

Superman jumpa mak cik jual underwear if I'm not mistaken -.-

Joker [kanan] arahkan budak suruhan curi barang Batman. Kut.

Gentleman -.-

Mother father gentleman! *joget*

Spiderman

Cicakman [berdiri] vs penjahat

X-man [baju hijau] vs Right-man

Panda kena buli

Menuntut dengan Tok Guru pffft sila gelak okay. Aku lah tok gurunya.
Si Gemok Pendek muahahah

Dah kuat hahaha

The Pandamen! Haha

Habis persembahan kitaorang tidur. Pukul 11 lebih. Pukul 1 pagi urusetias kejut dengan siren -.- kumpul kat dataran. Mereka cerita hantu. Dan suruh kami nightwalk. Lelaki sorang perempuan berdua. Aku tak ikut sebab aku ehem special case haha ptuih :b


Nak tahu cerita lanjut boleh tengok kat entry Zhathie yang >>INI<< sebab dia jalan.

Aku duduk kat astaka je tidur dengan lagi 8 orang budak lebih kurang. Kat astaka tu baring menghadap langit. Tapi takde bintang. Kalau ada mesti best haha dari situ dengar la suara suara sedap yang menjerit kat atas bangunan tu ==' tak senang I nak tidur alls! Ptuihh hahahah apa seh. Lima setengah pagi baru dapat balik dorm.

Dan esoknya semua bangun 7 sengah hahaha alhamdulillah aku bendera merah. Hahaa sebab tu la tak pergi nightwalk. Kang baik baik hantu urusetia je yang ada, kang yang 'lain' pulak muncul pffft nauzubillah haha

- to be continued -

kiryuuasrar

Camping First Day - Running Scout!

Assalamualaikum!


Wa malas sebenarnya ni der. Tapi disebabkan wa lagi malas nak hadap nota PA, wa taip jugak la entry ni muahahah. Wa jealous dengan Zhathie sebab beliau dah lama post pasal camp tu. Dia dah lama dapat gambar sebab Que bagi dia dulu memory berisi gambar. Sabar je. Kalau tak aku dapat semalam. Tapi Dila Aila nak copy dulu, so terpaksa la aku merelakan pendrive aku kat dia haha

Okay, jom mulakan Segmen Cerita dan Anda :D Last Monday, on 3rd of June, HS' upper six students held a camp under Scouts Society. Ehem sorry, broken English je heh. My English is not good as yours *heret teddy bear sorok tepi fridge dengan muka sugul* So, don't you ever ever ever dare to laugh when read my post -.- kay thanks for the cope :b LOL and we was obliged to participate the camp for three days. Am not sure if the camp was fully organised by upper six or what. But.....

Sungguh tak tipu memang TERBAIK laaa upper six xD

9.15 am lebih kurang macam tu aku dah sampai sekolah. Dengan banyak barang bagai tu. Lepas tu diaorang suruh kitaorang naik Bilik Diskusi for registration. Phone, torchlight dengan purse wallet semua barang berharga tu kena bagi diaorang simpan. Kalau tak bagi diaorang simpan, memang tanggungjawab sendiri kalau benda tu hilang. Aku tak bagi apa pun sebab aku tak bawak phone, torchlight pun tertinggal masa charge pagi tu mueheheh aku memang sangat careless sikit. Dan purse aku simpan sendiri lah der takkan beg duit pun nak kasi orang pegang. Aku dah besar okay xD hahah

Que-up for registration

Yang dah daftar duduk la

Urusetiasss aka upper sixesssss -.-

Dah daftar, acara perasmian di tepi astaka.
Kau nampak Bangunan British belakang tu?
Sekolah aku ada. Sekolah kau ada? Muahahah #Bajet

Dengar taklimat

Urusetias memberi taklimat

Lepas tu pergi 'check in' dorm. Ada incident yang jadi sebelum masuk. Macam takleh blah. Kalau wa cerita kat sini confirm wa rasa nak baling fridge kat kepala dia haha ada pulaaakk orang nak debat soal hukum macam kita ni bodoh doh doh dohh sesangatt. Haaa amekaw hahah panas hati I tau :* lepas tu, KAMI MENANG THE DEBATE :D yes! Hahaa perempuan dengan perempuan yang bukan Islam, auratnya sama dengan aurat apabila dengan lelaki ^_^ sekian hahaa kalau tak tahu, terjun bangunan la der hahah But how about PLKN? Haha kau sekolahkan orang yang established PLKN tu la. Yang aku tahu, kalau kita dah tahu hukum, kita tetap tayang jugak aurat, dosa yang kita tanggung tu berganda. So, kitaorang tahu hukum, takkan kitaorang nak buat jugak? Mana ada orang tidur dalam dorm pakai tudung der? -.- haha okay dah. Lepas tu, lunch. Masa lunch tu diaorang bagi puzzle untuk kita solve nanti siapa group members. Puzzle gambar segala Superhero.

Ultraman Ironman Superman Cicakman Spiderman Batman X-men Gentleman Bomberman Pandamen!

Sambung puzzle Bomberman

Sambung puzzle Ironman

Sambung puzzle Gentleman

Sambung puzzle Spiderman

Sambung puzzle Batman

Aku group Pandamen! Hehe

Mentor: Manson and Ah Tian
Leader: Shy Chy also know as Seventeen.
Members: Jia Hui, Mei Wen, Jia Le, Seng Huat, Mior, Aien and aku.

Ultraman

Ironman

Superman

Batman

Gentleman

Spiderman

Cicakman

X-Men

Pandamen

Bomberman

Lelaki tiga perempuan lima. Tiga je Melayu, aku, Aien and Mior. Aktiviti pertama, duduk dalam kumpulan, buat satu bendera dan cipta slogan kumpulan. Bendera setiap masa kena jaga even dalam tidur. Jangan sampai kena ambil dengan urusetia. Memang habis la. Lepas tu aktiviti reka sebuah alat lastik. Dia bagi satu botol mineral kosong, satu sudu plastik dan getah yang sangat banyak. Design Pandamen biasa je. Tapi kami lastik jauh. So we got 20 marks. Ironman also got 20 marks for the best design if I'm not mistaken.

Ultraman designing


Khusyuk Asyraf haha

Khusyuk Syahmi haha

Khusyuk betul group Ultraman xD

Lepas tu naik solat segala, game Running Scout xD kami dapat mission paper suruh pasang puzzle gambar urusetia yang kami kena kejar. Kejar upper six untuk dapat clue mission seterusnya huwahaa aku tak ingat kami kena kejar siapa. Asalnya kami nampak gambar tu muka macam Tan Jayex tapi bukan. Siapa entah. Tak ingat. Diorang posing maut cenggitu xD gilaaa haha. Dapat kejar. Lepas tu, mission seterusnya. Race selesaikan nombor dan cari mesej among the ayat panjang panjang yang dia bagi. Mesejnya Go Nirwana ="= dapat solve pergi jumpa Low-whatever nama dia aku lupa, mintak dia duit, pergi Nirwana. Jauh nak mati kau tahu pasaraya Nirwana tu!? Pergi jalan kaki! Mission, beli dinner. Beli makaroni, mushroom flavour, apendetah lagi aku lupa. Dah dapat, balik sekolah semula, masak. Solat asar. Solat maghrib. Makan.

Masak haha cuba kau tengok Syahmi tu :D Ganas amat punya prince haha

Tuang jangan tak tuaaangg Hahahah

Dah boleh makan kah?

Masak jangan tak masak haha

Eh cuba kau tengok Si Te'a tu. Sempat gwiyomi xD
Sally tak habis habis tengok Steven :D

Malam kitorang Running Scout betul betul. RUNNING SCOUT VERSUS HUNTER. Hahaa hunter ada banyak. Di mana mana jua. Macam episod Grasshopper Hunting dalam Running Man. Yang masa Jae Suk kena kejar dengan Min Soo. Boleh lari je. Tak boleh lawan T.T same goes to us masa tu. Sepanjang complete mission tu kami hanya boleh lari, protect nametag tanpa boleh melawan :( haha sebelum mula main, upper six berikrar dulu. Berikrar tidak mengambil kesempatan ke atas participant perempuan xD kalau dapat laporan ada yang ambil kesempatan, habislah dia xD semua orang takut dengan dua orang Muscle Man xD Jason Ng dan Tan Jayex huuu diaorang sexy. Pakai baju sleeveless. Nampak muscle muahahahh xD lari laju gilaaa. Serem deh gue haha.

Haha baju Running Scout nama aku :D

Mission first tu curi pest hunter kat hall underground, kitaorang amek yang "GUA TAKDE GOYANG PUNYA". JASON NG punya! Grrr masa tu Mior out kena tarik nametag. Gila. Sampai koyak baju Mior! Jason Ng tu aim yang besar besar je -.- haha kesian Mior! Lepas tu terpisah. Aku sensorang. Lepas tu jumpa Jia Hui. Dapat berita yang Seventeen pun dah kena T.T takkan kita berdua je Jia Hui? Tengah lari lari jumpa Jia Le. Ada la tiga orang survive. Dapat accomplish mission ke 4 ke yang ke 5. Tak sure. Yang kat dewan, tandatangan then sorang hunter out.

Sorok dari hunter kah? -.-

Masa tengah sorok tu terserempak pulak dengan Jason Ng and Tan Jayex! xD menggelabah aku sampai menjerit! Diaorang berdua jalan lepak je sambil berbual. Aku je over terjerit. Sampai Jason Ng kata "Woo relax.. relax.." huuu aku memang lemah semangat T.T lepas tu kena serang dengan hunter. Bersepah je kami bertiga. Aku lari ikut Jia Le. Kaki dia dah la panjang. Laju gila dia lari. Tinggal aku kat belakang. Last last aku lari masuk kelas gelap sorang sorang. Agak lima minit duduk dalam kelas tu aku pun keluar. Takde orang. Jalan sikit aku nampak ada dua orang duduk tepi pintu. Sorang lelaki sorang perempuan. Lepas tu aku buat tak tahu je. *Dalam jarak 20m lebih kurang aku berdiri dari tempat dia duduk* Jap lagi yang duduk tu bersuara.

Hunter: Ushh shuuushh! Oi! Kakaaakk! Naa pegi maannaa tuu? *dengan loghat cina siap berlagu gaya nganjing nak menakutkan aku*
Aku: *pandang dia*
Hunter: Naa peggi maaannaaa kaaakk? Hunter niii. You taa takut keeeee? I hunter niii *masih dengan suara berlagu dia*
Aku: You hunter? *Aku datang dekat dia* You tarik la nametag I. Dah penat. Surrender! >_<'
Awek sebelah hunter: Ey you ta takut kee? Ni hunter lo sebelah I. *Tunjuk hunter tu*
Aku: I dah penat. You tarik la. *Sua belakang aku kat dia*
Hunter: You duduk laa.
Aku: *Duduk depan dia*
Hunter: You selak laa tudung you. I selak kang I susah loo *gelak gelak*
Aku: Hehehe lupa pulak tadi kat atas stage you semua dah berikrar *selak sikit tudung*
Hunter: *Tarik nametag aku*
Ni la dia orangnya.
Hunter aku. Lelaki berbaju merah tu haha -.-


T.T Huuu sadis haha sejam lebih jugak aku survive. Masa jalan nak pergi penjara [kat astaka padang] Jia Le lari kat astaka so dia kena jugak kat situ. Hunter banyak kat astaka. Aien siap gelak gelakkan aku.

Najwa, terror la kau. Sejam kau survive. Lama gila kau lari. -Aien

Haha aku ikut mentor xD sebab tu survive lama. Dalam ramai ramai ahli group aku tu Jia Hui sorang je yang survive sampai habis game. Habis game, tidur.

- to be continued -

kiryuuasrar
 
This blog is fully designed by Cik Wawariang.