Resipi: Pavlova

Assalamualaikum...

:9 yummm credit to Pakcik Google of course :D

Hola :) cuba try test tengok post title aku hari ni. Whoaaaa *mata besar dengan mulut ternganga*. Pavlova? Natang apa tu? Aku ingin menjadi~ mimpi indah~ dalam tidurmu~ erk? Itu Dealova muahahaa! *bergurau sesaat* Bagi yang dah tahu, dah pernah rasa heaven lah kan? Haha ni aku bagitahu bagi yang tak tahu je ye <--- eh ayat mintak penampar

Pavlova adalah sejenis dessert yang luarnya rangup dan dalamnya lembut macam marshmellow. Rasanya manis. Jadi kena balancekan dengan cream dan strawberry. Sedap dimakan ketika sejuk sejuk. Kalau rajin, bolehlah hias dengan kiwi, blueberry and grapes.
- Menurut Kak Fatin Liyana :D *peace*

Menggila kejap aku hari ni kan? Haha tak pernah pernah post pasal resipi tetiba je kan post. Memang gila sangat la aku hari ni kan? Haha takpe la. Ni semua gara gara Apip. Sila salahkan dia sebab memperkenalkan natang Pavlova ni kat aku hahaha dah kenal Pavlova? Jom belajar buat *mata kelip kelip* <--- ececee ayu la konon *cebik*. Jom tengok!

Yummy :9 credit to Pakcik Google hehehe *peace*

: BAHAN - BAHAN :

Meringue
4 Putih Telur
175g Caster Sugar
1 sudu kecil cuka masakan
1 sudu kecil tepung jagung

Hiasan
Whip cream 250g
Strawberry / Blueberry / Kiwi ( Buah buahan yang masam )

: CARA-CARA :

Oven
1. Pre-heat oven pada suhu 170 darjah celcius

Meringue
1. Dengan menggunakan mixer, pukul 4 putih telur sehingga berbuih (foamy)
2. Masukkan castor sugar sedikit demi sedikit, dan increase the speed.
3. Semasa masukkan caster sugar, masukkan sekali cuka masakan dan tepung jagung.
4. Pukul sehingga menjadi berkilat dan *bertanduk

* Bertanduk : Apabila kita terbalikkan meringue, ia tidak jatuh daripada bekas mixer

5. Place the baking paper on top of a baking tray (Use only baking paper, do not use any container or mould)
6. Spread the meringue in a circle shape.
7. Bakar selama 30 hingga 40 minit.
8. Apabila sudah masak, bukak pintu oven sedikit dan biarkan ia dalam oven seketika.

Hiasan
1. Dengan menggunakan mixer, pukul whip cream
2. Hias dengan strawberry atau apa-apa buah yang masam.

Credit to Kak Fatin Liyana :)

Okay siap :) actually hari tu ada orang kata kalau aku rajin buatkan la untuk dia. Chehh bagi aku oven satu baru aku buatkan muahaha! Rumah sewa kat sana takde oven :p

p/s: Apip ada ajar aku buat hari tu. Tapi malas nak taip satu satu. So aku tanya Pakcik Google. Dia link ke blog Kak Fatin so that aku copy je la. So, credit to her :) I'm off. Assalamualaikum.

kiryuuasrar
 
This blog is fully designed by Cik Wawariang.