COC. Clash Of Clans?

Assalamualaikum...

I am Chief Riangriaaa.
You can call me Ria :)

Ehem ehem ehem. Long time no see. Hahaha watevaaa I don't care. Siapa kenal COC ni? Tak kenal? Rugi. Hehe. Kenal? Main aaaa. Haha. Game dari Supercell. Supercell agak terbaik la. Game dia best. Yang aku tahu, dia ada game Clash Of Clans, Hay Day dengan Boom Beach. Game lain tak tahu. Game ni perlukan otak jugak. Strategi, macam mana kau nak attack village orang, macam mana kau nak susun benda-benda kat village kau supaya apabila raided, defense kau boleh menang. Macam tu la. Hay Day dengan Boom Beach aku tak pernah main, so aku tak tahu. Tapi Ina kata Hay Day best. Pun game guna otak jugak. Boom Beach nampak macam game perang jugak. Tak tahu la kan tak tak pernah lagi main.



Okay sekarang nak bagitahu je yang game ni sebenarnya berhantu. So that aku tak boleh berheti main. Asek nak main je. Addict tahu addict? Berhantu. Hahaha. Asalnya tengok Wan main. Lepas tu, dia ajak main sekali tapi aku macam 50-50 je nak join. Dilema. Kang tak boleh berhenti, aku tak buat benda lain kang. Hahaha. Lepas tu naik kelas, Nadzirah ajak main. Pun aku dah ter-dragged lagi sekali dalam situasi dilema. Lepas tu dapat tahu pulak crush main benda tu. Eheh. Terus tak dilema. Terus nak main. Muahahaa! Start tu la aku main. Dah lebih kurang dua minggu lebih jugak la since aku start main benda ni. Tak boleh berhenti -.-

Tu je nak cerita. Hahaha. Clan mana? First clan I joined, I forgot the name. Because I was invited. I entered the clan for not more than an hour, then I left. And I joined a clan named Batu Pahat. Lama jugak kat dalam tu. Sempat join 3 clan war dan menyumbang stars dalam tu. Sempat donate for about 300 troops. Then, few fellows ajak pergi clan lain. Ikut je. And now, I'm currently in Asfakami. Nanti la baru cari fixed clan. Sekarang merantau dulu, kukuhkan base village, upgrade segala yang ada, kumpul trophies, kutip loots banyak-banyak. Baru sedap nak stay satu clan. Ye tak? Heheh current trophies 1002. Tapi biasa la, ada turun naiknya. Apabila attack village orang dan kita menang, dapat la trophy, tapi apabila kalah, of course few trophies hilang. Dan juga apabila orang attack village kita, kalau defense kita menang, dapat la trophy. Kalau defense kalah, hurm... kena hambek la trophy. Kan? So, ada naik turunnya.

So, kesimpulannya... aku paling tak suka orang raided village aku. Kehkeh. Siapa pun main COC ni, dia takkan suka village raided. Haha! Tak tahu la pulak kalau ada orang suka kena serbu kan? Haha. Game ni best. Nak main, main la. Heheh, best.

Currently, I am

Ria'ssassin of Asfakami.

Haha gold sikit sebab upgrade pagar je kannn -.-"

Sekarang aku masuk clan bebudak rumah je. Nak kata bebudak rumah je pun tak boleh jugak sebab ada Aniq, Romy semua dalam tu hahahaha. Tapi kami-kami je la. Southern Dragon.

Ria'ssassin of Southern Dragon

Ranking dalam clan hee :)
Abang Romy, pastu Romy, pastu Aniq, aku tempat ke empat, then leader kami, dll :)
Seperti simbol badge clan kami yang berwarna-warni tu, kami terdiri daripada pelbagai warna. Kami pelangi ^_^
Kami Power Rangers hahahaha :D
Leader: Chief Cresent aka Ina.
Co-leader: Romy, Aniq, aku.
Ahli: Piqa, Farah, abang Romy dll haha
Setakat ni war baru 4 kali. Empat-empat kami menang. Sekarang tengah prep untuk war kelima. Hee harap-harap dapat sumbang star untuk clan dan menang. Hee :D

Takde duit dah nak upgrade pagar bagi habis hahahaha sebab dah ketuk Town Hall naik level 7.
Lagi 4 hari nak tunggu siap huu -,- lamanya la. Haish.


Okay, sekian. I'm off, assalamualaikum.

New look

Assalamualaikum...


Hello fellas. I just bored. Ehem k em tadaaaaa! Ni la dia blog aku yang dimodified jadi new look. Puih! Mende tah ayat tunggang terbalik. Hahaha. Asal korang paham sudehh. Heeee cantik tak? Fully designed by me, Wawariang. Tutorials, from some fellows. Memang terbaik la diorang punya tuto. Sekali je aku buat terus jadi. Thanks to them. Oh yeah! Ni first time aku pakai denim template. Hahaha tak pernah pun sebelum ni. Tapi masa aku usha blog orang, banyak yang kata denim ni best. Aku pun cari la code dia. Jumpa pulak tu. Dah jumpa, apa lagi? Aku pun cari denim template tuto. Haha. Seriously terbaik la. Okay, I tahu olls I design tak lawa. Tapi tuto diorang serius senang I faham olls. Ahaaaa. Don't ask me why I really like purple. I don't know. It just happen. Haha. Okay, that's all for today. Saje menghilangkan bosan. Till we meet again. I'm off. Assalamualaikum.

Finally, the Final is finish!

Assalamualaikum...


Hello people. How are you? Seems like I left this blog for so long. Malas nak menaip sebenarnya ni. Tu yang sesedap rasa dan tanpa rasa bersalahnya aku tinggal je bini aku ni. Aww kesian dia. Okay abaikan scene menjengkelkan tadi tu.

Aku dah habis final exam okayy percaya atau tidak. Dan sekarang duduk rumah. Tolong ibu ayah kat kedai la ni citer dia HAHA am I too mithali? *Gigit kuku, jeling annoying* NOOO. Okayfine. Betul juga kan. Kalau betul mithali takdenya sempat aku nak hapdet belog ni weehuu. Humm, soalan-soalan final hari tu agak susah yer -..- okay tak. Soalan senang. Senang gila. Tapi jawapan dia PUN susah gila HAHAHA okay corny. Pointer turun sem ni aku gelak rai dengan bunga api merdeka 25 das je la. Tak mampu buat benda lain. Nak buat short sem bukan rajin. Besides, nak duduk mana? Rumah sewa start bayar untuk Jun. Sekarang tak boleh duduk situ lagi. Plus, I tak nak luangkan masa cuti berharga I ni untuk benda lain selain rumah olls. Aumm! Punya la pemalasss.

Before cuti hari tu ada Dinner for PIS Athletes di Amansari Hotel, Seri Alam, Johor. Okay, aku terlibat sebab dapat medal gangsa masa Kejohanan UPSI hari tu. Secara tak langsung la kan. Ehem jumpa la atlet-atlet PIS dari bermacam jenis sukan. Mendayung ada, Silat Olahraga of course la ada, Bowling, Memanah, Hoki. So dalam paksa-rela tu kena jugak la aku jumpa dengan classmates terchenta yang duorang tu -..- siapa? Siapa lagi yang main hoki kan? Tiger dan Edin. Tiger tu bakal atlet negara okay. Classmate aku tuuu. Kau hado? HAHA. Yang sukan mendayung pun, dia satu-satunya kat PIS. Rasul Zahiri. Atlet negara jugak. Sekali lagi, kau hado? Haha. Gurau-gurau yer. Sila jangan marah.

Masa dinner tu, PA kitaorang, Encik Rafiuddin ada olls -.- dia nak hamek gambar dengan aku, Edin dan Tiger. Aku dengan paksa-rela terpaksa lah jugak kan. Walaupun in that very moment jugak aku kena buli dengan Tiger due to ketinggian aku -.- memang seronok okay ada classmates suka membuli. Masa makan pulak kena buli dengan Edin. Bukan main terharu lagi aku siap meleleh air mata lagi sebab dia nak hamekkan chicken soup untuk aku. Sekali.... kau tahu dia isi hape dalam mangkuk kecik tu? Dua ketul ayam kecik, dengan jagung seketul. Mana aku tak sakit hati? Dah la jagung lagi besar dari dua ketul ayam tu walau ayam tu digabungkan. Huh! Jagung betul Edin tu. Geram je aku. Haha apa-apa pun, tu la first time makan kat hotel -..- kesian aku kan? Haha. Bertuah dapat medal gangsa masa tu :p

Okay tu selingan HAHA sorry. Tu je kut yang aku nak cakap untuk hari ni. I'm off. Assalamualaikum.

Kejuaraan Pencak Silat UPSI & Jemputan Antarabangsa Ke-5 2014

Assalamualaikum...


Okay lama tak buka cerita kat sini. So, mari berceghita ^_^ heee. Selasa lepas, kami berlima belas dibawa oleh Encik Apai ke Perak. Kenapa? Sebab tu la haha nampak tajuk tu? Kejuaraan Pencak Silat UPSI & Jemputan Antarabangsa Ke-5 2014. Haaa tu la citer diaa :D Kitaorang pergi dulu. Khamis baru la Encik Rafi dan Kak Aina sampai Perak. Jumaat pulak Coach Faizal sampai. Coach Irfan tak dapat pergi pulak :( haha tapi coach sentiasa tanya perkembangan okay :) kami sayang coach

Memang seronok. Tak sangka aku dapat masuk  pertandingan peringkat IPT huuhu serius teruja. Pengalaman dapat, sakit bahagia pun dapat. Kau tahu sakit bahagia macamana? Ye la, selalu gaduh dengan adik kau tak dapat pukul dia lebih-lebih kan? Dia pun tak pukul kau lebih-lebih. Tapi bila masuk petandingan ni, kau akan kena pukul betul-betul tauu. Dan kau pun boleh pukul dia betul-betul. Hehehe tu saat membahagiakan okay, dapat pukul orang kekeke takde la gurau je. Sakit beb kena pukul. Fuh!

Lepas lawan, balik rumah bukak baju lebam sana sini. Memang sedap. Haha kat sana berat aku asek turun je. Time aku nak kurus tanak pulak dia turun. Time nak lawan la dia turun. Nasib baik masih dalam kelas aku lawan. Kalau tak memang disqualified la citer dia. Jauh-jauh datang, tak dapat main. Tak sedap la beb. Kan? Okay ni kes kesian yang terjadi kat Abang Wan huuhu sedih gila muka dia tak dapat main. Kalau dia main in sya Allah menang tu. Wuwuwuu nampak hebat dia main.

Okay siapa yang enam belas yang pergi tu? Check this out:

Putera
1. Ajwad [Abang Ajwad]
2. Wan Azlan [Abang Wan/Abang Lan]
3. Farid Zamri [Abg Farid/Cucu Hitler]
4. Hazim Farhan [Hazim]
5. Wan Hariz [Hariz]
6. Syed Ikhwan [Syed]
7. Muzakerien [Abang Muja]
8. Farid Ramdan [Farid]
9. Ariff Asyraf [Acap]
10. Ruzaimi [Abang Jimie]
11. Sallehuddin [Din]

Puteri
12. Aina Syazwanie [Kak Aina]
13. Nashrah Sahar [Kak Nas]
14. Nabilatul Huda [Huda]
15. Nur Fathiah [Tia]
16. Nurul Najwa [Wawariang itu saya -.-]

Pengalaman pertama saya bermain dalam pertandingan silat olahraga peringkat IPT. Teruja beb! Asalnya saya pergi sebab nak cari pengalaman je. Masa tu la kenal erti susah senang bersama. Masa tu jugak la nak kenal erti adik-beradik. Orang-orang yang kita baru kenal tu semua dah macam adik-beradik. Entah. Semua orang baik :)

Ni tournament pertama aku. First time jugak dapat gangsa Puteri D hahaha! Ya aku berat, ko pahal? Diamla! Aku nak spam gambar ni :P

Gangsa jela sis mampu

Training

Ssupp yo

Yek nya muka hmm bila la nak putih ni T^T

With Coach Fazal, Encik Rafi dan Encik Apai

Pingat holderssss

Yip yipp

Pingat holders yipp sorry terkeluar pulak bahasa teletubbies tu

Kependekan aku terserlah apabila muka aku ditutupi daripada pandngan kamera ya hmm

Lovesss

I'll miss this moments

Okay la. Sampai sini je kut :D

I'm off. Assalamualaikum.

Silat Olahraga

Assalamualaikum...

Ehem ehem ehemmm. Ni lambang Silat Olahraga kami, NAGA SELATAN :)

Ehek ehemmmm. Macam dah lama je tak post. Berapa lama ek? Hurm, jap jap aku kira. Apabila ditambah ditolak didarab dibahagi, aku rasa dah hampir sebulan rasanya aku tak post. Takde la lama mana pun kan? Haha aku je yang over terasa macam lama kononnya. Hehe kau jangan percaya tu semua membongak yo. Lately ni busy sikit dengan assignment yang botingkek-tingkek tu, ko-ko lagi, silat lagi. Haaa pasal silat ni la aku nak cerita. Macam dah cukup banyak je intro kan? Okay, aku cerita.

Nak dijadikan cerita, asalnya aku ko-ko masuk Kelab Komputer. Lepas tu ada la ura-ura crush aku masuk silat walaupun sebenarnya dia daftar nama dalam Wataniah [ni skandel sem 1 yang PA, Encik Rafi kenenkan aku dengan dia tu. MR nama dia -.-]. Kira dia datang belajar silat tu suka-suka je la. Aku pun buat dono je la, biar kan dia dengan labu-labunya. Buat apa aku nak sibuk. Sekali masa tu, nak dijadikan cerita, di suatu petang Isnin yang aman lagi damai serta tenteram, lupa pulak ada ke tidak bunyi cengkerik, [mueheheee :p ada tak rasa macam nak lempang aku sekarang ni? *korek hidung sambil sengih keji*] aku teman Ieli pergi jumpa Hariz. Hariz pulak masa tu tengah cari orang, siapa nak ikut pergi Melaka, tengok friendly kat Politeknik Merlimau. Macam panjang sangat la pulak perenggan ni. Perenggan baru ah!

Dia kena cari orang sebab dia ni pengerusi Silat Olahraga. Aku memang tak la nak pergi. Tah macam mana entah tetiba boleh masuk cerita dulu aku pernah join silat masa kat sekolah, dah pengerusi silat yang mulia hati ni PAKSA aku datang belajar pada latihan akan datang sebab mereka memang nak merekrut lebih banyak ahli. Lebih-lebih lagi insan-insan tak bersalah macam aku ni, yang pernah belajar silat sebelum ni -.- Hmm, bila sangat la latihan akan datang yang dia suruh aku datang tu kaannn? Haaa, petang tu kitaorang baru jumpa, baru kenal, malamnya tu latihan silat akan datangnya. Malam tu la aku kena datang Kompleks Sukan. Takut nak masuk, aku text Encik Rafi tanya beliau datang ke tidak latihan malam tu. Beliau dengan berbesar hatinya welcome aku masuk silat sambil bertanya, "Aaaa? Kenapa datang? Tengok R****?". Brrrr ="= ha'ah Encik, saya datang nak tengok crush. Hahahahaa tak kelakar okay! Sah la aku gila kalau aku cakap macam tu! Aku cerita je la hal yang sebenarnya kat beliau. Pasal Hariz paksa aku masuk tu. Memang rezeki la agaknya Hariz ajak aku masuk silat. Alang-alang boleh asah balik ilmu silat aku yang dah berkarat ni, boleh jugak aku tambah extra masa tengok crush. Muahahaaa! Ada udang disebalik Batu Kebangkitan yang dalam cerita Harry Potter tu rupanya ye?

Haaa, macam tu la serba sedikit cerita macam mana aku boleh tercampak masuk ke dalam kancah Silat Olahraga ni. Semua gara-gara Hariz dengan housemate dia tu. Hahaha tetiba salahkan housemate Hariz ek? Ngehehehh :p lepas ni memang selain waktu bengkel, Isnin dan Rabu malam adalah hari yang membahagiakan ye :p sebab boleh tengok crush dalam waktu extra selain waktu kelas ye. Puih puih puihh hahahaha sila abaikan fasa gedik tersebut. Sekian.

Okay, latihan untuk Silat Olahraga ni setiap Isnin dan Rabu pada pukul 9 malam hingga pukul 12 tengah malam di Kompleks Sukan PIS :) sesiapa pelajar PIS yang berminat sila-sila la datang menyemakkan diri ye? Heee ni sedikit latihan sparing bersama target dan partner. Huahuaa :)

Hah! This! Credit to Encik Rafi, dia candid gambar aku masa aku khusyuk membelasah target
Masa tu aku gelak sebab target banyak sangat. Tak tau nak belasah mana dulu. Muahaha!
P/S: Baju sparing tu besar ye, aku tak gemok :p Ehhh tak mengakuu pulak muahahaaa :p

Yeah! Saya [Bertudung biru] dan sparing partner, Ruzaimi aka Jimie.
Okay kedudukan aku macam tu sebab masa tu aku nak buat tendang depan okay.
Jangan salah paham. Bukan aku nak lari hahahaha

Wawa vs Safuan hahahaa battle of classmates :D

Safuan lagi :D err, yg enterframe depan camera ni,
Jimie dan Ina haha :p untung orang tu kaann
partner dengan crush tergedik :p

Okay, memang yang snap pic ni adalah Encik Rafi so that
apabila kami battle of classmates, beliau snap lebih hahahaha
Beliau kan PA kami :D

Jimie memang partner yang best. Dia orang first yang seru nama aku
selepas coach dan of course classmates :) Masa ni dia ajar aku blocking :D

Latihan intensif. Latihan dia SAKIT beb! -.- ni tekan tubi
P/S: Eh crush saya kat situ muehehee :p

Sepak layang pada target :)

Latihan intensif. Sit-up. Apa Ina sempat buat peace hahaha
Huda bersemangat ye partner dengan Mimi :)


P/S: Dia housemate Hariz -.- haha sempat. Lalalaaa sekian. I'm off. Assalamualaikum.
 
This blog is fully designed by Wawariang.