Kejuaraan Pencak Silat UPSI & Jemputan Antarabangsa Ke-5 2014

Assalamualaikum...


Okay lama tak buka cerita kat sini. So, mari berceghita ^_^ heee. Selasa lepas, kami berlima belas dibawa oleh Encik Apai ke Perak. Kenapa? Sebab tu la haha nampak tajuk tu? Kejuaraan Pencak Silat UPSI & Jemputan Antarabangsa Ke-5 2014. Haaa tu la citer diaa :D Kitaorang pergi dulu. Khamis baru la Encik Rafi dan Kak Aina sampai Perak. Jumaat pulak Coach Faizal sampai. Coach Irfan tak dapat pergi pulak :( haha tapi coach sentiasa tanya perkembangan okay :) kami sayang coach

Memang seronok. Tak sangka aku dapat masuk  pertandingan peringkat IPT huuhu serius teruja. Pengalaman dapat, sakit bahagia pun dapat. Kau tahu sakit bahagia macamana? Ye la, selalu gaduh dengan adik kau tak dapat pukul dia lebih-lebih kan? Dia pun tak pukul kau lebih-lebih. Tapi bila masuk petandingan ni, kau akan kena pukul betul-betul tauu. Dan kau pun boleh pukul dia betul-betul. Hehehe tu saat membahagiakan okay, dapat pukul orang kekeke takde la gurau je. Sakit beb kena pukul. Fuh!

Lepas lawan, balik rumah bukak baju lebam sana sini. Memang sedap. Haha kat sana berat aku asek turun je. Time aku nak kurus tanak pulak dia turun. Time nak lawan la dia turun. Nasib baik masih dalam kelas aku lawan. Kalau tak memang disqualified la citer dia. Jauh-jauh datang, tak dapat main. Tak sedap la beb. Kan? Okay ni kes kesian yang terjadi kat Abang Wan huuhu sedih gila muka dia tak dapat main. Kalau dia main in sya Allah menang tu. Wuwuwuu nampak hebat dia main.

Okay siapa yang enam belas yang pergi tu? Check this out:

Putera
1. Ajwad [Abang Ajwad]
2. Wan Azlan [Abang Wan/Abang Lan]
3. Farid Zamri [Abg Farid/Cucu Hitler]
4. Hazim Farhan [Hazim]
5. Wan Hariz [Hariz]
6. Syed Ikhwan [Syed]
7. Muzakerien [Abang Muja]
8. Farid Ramdan [Farid]
9. Ariff Asyraf [Acap]
10. Ruzaimi [Abang Jimie]
11. Sallehuddin [Din]

Puteri
12. Aina Syazwanie [Kak Aina]
13. Nashrah Sahar [Kak Nas]
14. Nabilatul Huda [Huda]
15. Nur Fathiah [Tia]
16. Nurul Najwa [Wawariang itu saya -.-]

Pengalaman pertama saya bermain dalam pertandingan silat olahraga peringkat IPT. Teruja beb! Asalnya saya pergi sebab nak cari pengalaman je. Masa tu la kenal erti susah senang bersama. Masa tu jugak la nak kenal erti adik-beradik. Orang-orang yang kita baru kenal tu semua dah macam adik-beradik. Entah. Semua orang baik :) okay la. Sampai sini je kut :D I'm off. Assalamualaikum.

kiryuuasrar
 
This blog is fully designed by Cik Wawariang.